Jangan suka bertangguh
Jangan suka menangguhkah kerja!!!
Itulah peringatan yang selalu saya dengar dari;
Itulah peringatan yang selalu saya dengar dari;
- Emak saya
- Suami saya
- Pembantu Rumah Saya (Haa?... )
Itulah hakikat yang mahu tak mahu terpaksa saya terima.
Saya gemar menangguhkan kerja sehingga saat2 akhir. (Orang kata untuk menyembuhkan sesuatu ketagihan, langkah pertama ialah menerima hakikat bahawa kita seorang penagih)
Penagih?...
Yalah kot.. Saya adalah penagih menangguh kerja.
Apa bukti saya penagih tu?
1. Senarai kerja tertangguh saya setakat hari ini:
- Menyiapkan akaun adik tersayang :) (Tarikh akhir LHDN hujung bulan nih)
- Mula menulis esei untuk pertandingan kenegeraan (???) (tarikh tutup pun hujung bulan nih)
- Mula menjahit baju raya anak2, suami (dan pembantu rumah tersayang) (Bulan 8 dah Ramadhan)
- bla.. bla... bla..
2. Pernah menyiapkan baju raya masa malam raya (ngeri tak)
3. Pernah tak tidur malam sebab buat assignment (waktu belajar hari tu)
kronik tak kronik kes saya nih...
Comments
Post a Comment