Perjalanan kehidupan

Setiap petang selepas pukul lima saya akan melalui rutin yang sama.

Keluar dari pejabat, masuk punch card, turun tangga setingkat, masuk lif, keluar lif, berjalan ke tempat parkir, masuk kereta, dan...

saya akan "menikmati" perjalanan balik di dalam kesesakan jalan raya.

Mula2 saya perlu melepasi kesesakan di ruang parkir pejabat saya yang terletak di sebuah pusat membeli belah di bandar ini. Di sini terdapat dua pintu tol yang saya perlu lepasi; pertama untuk zon parkir percuma yang terletak di Aras 3 ke atas. Selepas itu saya perlu melalui satu lagi tol untuk kawasan berbayar sebelum saya boleh keluar dari bangunan.

Berjaya sampai ke jalan raya tidak bermakna saya boleh menikmati pemanduan yang lancar. Saya harus melalui beberapa kawasan kritikal sebelum sampai ke rumah.

Pertama, saya perlu melalui kawasan sekolah menengah dan rendah yang terletak bersebelahan. Merangkak perlahan-lahan di situ, saya seterusnya akan melalui satu fly-over yang merupakan pertembungan dari beberapa arah untuk menuju ke kawasan pinggir bandar.

Sekali lagi saya bersama pemandu-pemandu lain akan berengsot2 ke hadapan sehingga melepasi kawasan kritikal tersebut. Kesesakan akan berkurangan sebaik sahaja menghampiri simpang empat berlampu isyarat. Di sini perjalanan akan sedikit lancar kerana terdapat kawasan kediaman yang merupakan salah satu destinasi kami.

Namun ia masih bukan penamat kesesakan. Bagi kami yang menghuni penempatan di seberang sungai, perlu meneruskan perjalanan melalui jambatan penghubung bandar utama dan pinggir bandar. Dan sekali lagi kami harus meredah kesesakan apabila menghampiri sebuah bulatan yang akan mengarah ke beberapa kawasan penempatan utama. Kesesakannya kerap kali lebih teruk dari yang pertama dan kedua.

Selepas beberapa ketika terperangkap di kawasan ini, berjaya melepasi bulatan berhampiran perjalanan saya akan kembali lancar.

Dalam kesesakan lalu lintas seperti ini setiap hari, lima kali seminggu saya sudah mampu mencipta ritma saya sendiri.

Bertemankan radio IKIMfm, saya menikmati perjalanan seolah2 saya sedang melancong. Setiap kali menghampiri simpang, seboleh2nya saya akan memberi peluang kepada sebuah kereta untuk keluar sebelum saya meneruskan perjalanan.

Setelah sekian lama melalui rutin ini saya berpendapat bahawa sikap gopoh gapah akan menyebabkan saya lebih tertekan.

Dan di beberapa bahagian jalan, saya melihat beberapa orang pegawai trafik sedang menjalankan kewajipan mereka mengurangkan kesesakan dan saya bersyukur kerana saya boleh menikmati perjalanan dengan selesa di dalam kedinginan kereta berbanding dengan mereka yang letih dan di bawah sinar mentari petang.

Membelok ke kawasan perumahan saya, maka berakhirlah satu perjalanan yang akan dilalui lagi pada keesokan hari.

Comments

  1. Salam Ummu :)
    Betul tu, biar lambat asal selamat. Mak isah melalui 'perjalanan kehidupan' sebegitu for 23 years. Tapi, now takde bekerja pun masih juga melalui 'perjalanan kehidupan'. The only thing is, it is a little different.

    Tapi pasti ada :)

    ReplyDelete
  2. Salam Mak Isah..
    Untuk melayakkan saya menikmati perjalanan hidup seperti yang mak Isah lalui sekarang, saya harus terlebih dahulu "lulus" dan melepasi "jalan dan lorong" yang sekarang ini saya perlu lalui.
    Dan saya harap saya akan lulus seperti Mak Isah.. :)
    Thanks ye.. Saya belajar dari anda.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida