Barang hilang jangan dicari
"Barang yang hilang, tak payah le cari, memang tak jumpa punya,
tapi duit kalau hilang, boleh usaha lagi untuk ganti balik".
Sapa punya ungkapan nih?
Saya tak pasti dari mana sumber asalnya, tapi yang pastinya saya kerap mendengarnya dari suami apabila saya mula gelisah sebab kehilangan sesuatu.
Kejadian hari ni bagaikan menyokong sejauh mana kebenarannya.
Seorang pembekal telah menyerahkan penyata bank syarikat beliau kepada saya untuk sokongan pembayaran perkhidmatan katering beliau. Waktu itu saya sedang berbincang dengan rakan sekerja di pejabat.
Sepanjang ingatan saya memang saya ada mengambil penyata tersebut dan turut diakui oleh rakan saya.
Tapi yang peliknya, ia ghaib begitu sahaja. Meja kerja saya telah beberapa kali saya selongkar dan kemaskan, tapi masih tak jumpa. Saya juga mintak tolong rakan saya periksa di mejanya kemungkinan saya tertinggal dokumen tersebut di situ. Pun tak ada.
Nasib baiklah rakan saya tu ada simpan satu salinan faks penyata yang sama, jadi bolehlah proses terus bayaran pembekal tersebut. Walaupun saya masih musykil, namun saya lega dan tak fikir dah pasal kejadian tu.
Dan yang geram sangat, sebentar tadi waktu saya sedang sedia nak makan malam kat rumah, saya tarik sebuah buku dari rak untuk tengok2 masa makan. Tau apa yang saya jumpa?
Terselit kat celah2 muka surat buku tu penyata bank yang dilipat dua yang saya cari2 selama ni.
Grrrr....
Baru saya teringat yang waktu saya berjumpa rakan tu, saya memang ada bawa bersama sebuah buku. Tapi lepas tu saya tinggalkan buku tu di rumah. Memang tabiat saya, tukar2 buku walaupun belum habis dibaca.
Terjawaplah satu lagi misteri nusantara...
Akhir kata,
Barang yang hilang usah dicari.. Ia akan datang sendiri..."

Salam,
ReplyDeleteAda benar jg..mak saya selalu kata bila mencari barang yg tak jumpa..tengoklah nanti bila dah tak cari, baru jumpa. Begitu jg bila nak guna sesuatu, kdg2 tiada ketika diperlukan tapi ada ketika tidak diperlukan.
Saya pn pernah hilang buku penting. Merata saya cari. pergi ke semua tempat yg saya ingat saya singgah dan lalu tp tak jumpa. Bila dah tak cari, masa nak keluar dr library, tiba2 nampak buku saya atas meja rak simpan beg. gembira tak terkata.
Kadang2 hilang barang ni satu anugerah jugak... Ia akan mengajar kita untuk lebih menghargai apa yang kita ada.. :)
ReplyDeleteThanks Sakinah, for the feedback...