Misi Terlaksana

Alhamdulillah, semalam saya dah berjaya menamatkan pembacaan novel My Name is Read (Orhan Pamuk). Saya beli novel ni minggu lepas semasa bersantai bersama keluarga (window shopping) di sebuah pusat membeli-belah.

Ceritanya, aktiviti hujung minggu kami sekeluarga ialah menelusuri tHe Spring. Tapi hujung minggu lepas suami saya ajak window shopping kat sebuah pusat membeli-belah yang baru beroperasi di bahagian bawah Hotel Pullman yang juga baru beroperasi pada awal tahun ini.

Dalam asyik mengintai2 kedai2 yang ada kat situ, kami "terjumpa" kedai buku Times. Tak sangka pulak Times masih beroperasi di Kuching memandangkan sebelum ini ia telah berhenti beroperasi di Parkson Grand, Riverside.

Apalagi, kami suami isteri yang memang tak boleh tengok kedai buku pun terus ler masuk "menggeledah" buku2 yang ada kat situ. Sekali pandang, kami dapati harga buku2 di situ boleh dianggap lebih mahal berbanding dengan harag yang ditawarkan di MPH, tHe Spring.

Tapi sempena meraikan lawatan pertama kami ke Times, saya "buat2" muka comel kat suami, dan dapatlah tajaan untuk membeli buku My Name is Red.

Membaca dua tiga helai mukasurat yang awal, saya telah jatuh cinta dengan penggunaan bahasanya yang pelbagai walaupun memang diakui agak sukar untuk difahami.

Jadi saya buat azam untuk berusaha membaca novel ni sampai habis. Ini kerana biasanya sukar saya nak menamatkan pembacaan apabila dihambat oleh pelbagai aktiviti harian lain.

Dan alhamdulillah, akhirnya misi terlaksana lewat malam semalam. Kalau ada peluang lagi, insya'Allah saya akan baca untuk kali kedua.

Disokong untuk baca.

Comments

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin