Bersyukur amat sukar hanya akan sedar saat hilang dari pegangan Kaya bukan hanya harta dunia juga nikmat kehidupan dan nyawa serta sanak saudara selagi dapat bersama
Salam... Baru semalam saya berhubung kembali dengan jiran sebelah katil sewaktu duduk di asrama semasa saya belajar di tingkatan empat... Lama tu.... Dah hampir nak suku abad... Ceritanya, rakan sebatch saya telah buat satu page kat facebook untuk batch kami. Kebetulan dia rakan sekelas saya, dia pun invite saya ke dalam group tu.... Bila dah join, saya pun menerima pelbagai makluman untuk setiap posting kat situ... Malam tadi saya bersiar2 lah kat situ membaca pelbagai posting yang kebanyakannya dibuat oleh pelajar lelaki (pelajar ikhwah adalah gelaran untuk mereka semasa saya belajar di situ dulu)... Tiba2 saya terbaca posting yang menyebut nama sama dengan jiran sebelah katil saya tetapi memiliki gelaran doktor di depannya. Hamba Allah ni pulak ada jugak reply posting tu.. Untuk mengelakkan dari tersilap orang, saya klik ke profilnya tapi disekat untuk bukan rakan. Jadi, saya cuba tengok gambar profilnya pulak... Macam CSI pulak saya... Alhamdulillah gambar profilnya memaparkan gamb...
Salam... Bersempena dengan musim haji sekarang ni, saya nak kongsi apa yang saya dah lakukan hari ni yang berkaitang dengan ibadah haji yang merupakan salah satu Rukun Islam. Pagi tadi saya temankan suami buat pengeluaran di Tabung Haji. Terus kami ambil peluang untuk daftar haji. Nak tau tak tahun bila kami dijangka akan dipanggil? V V V V V V V V TAHUN 2035 Betul ... 25 tahun lagi... Lama tu.... Kira punya kira, waktu tu saya berusia 63 tahun... Ya Allah.. Merasa ke saya nak menjejakkan kaki ke Tanah Suci ni? .... Semoga ALlah permudahkan urusan dan niat kami suami isteri untuk menunaikan ibadah haji... Jadi, pengajaran kat sini, sesiapa yang belum mendaftar tu, sebaik2 nya daftar lah segera asalkan duit kat tabung haji dah mencecah RM1,300. Bila2 nak pegi cerita kemudian.... Kita setakat merancang, Allah jua yang menentukan... Salam...
Comments
Post a Comment