Cecair Pemadam dan zaman kanak2

Saya perlu menggunakan borang untuk kelab sukan tapi rakan pejabat saya yang menyimpan borang tersebut bercuti. Memandangkan perkara tu "urgent" saya fotokopi borang yang telah digunakan dan seterusnya saya "blanko".

Maknanya saya tutup semua tulisan dengan cecair pemadam.

Sebaik sahaja saya membuka penutup botol pemadam, saya terus terbau cecair tersebut. Bau tersebut tiba2 membawa saya balik ke zaman persekolahan. Selama ini saya cuma menyimpan botol tersebut tanpa pernah menggunakannya kerana nature perakaunan memang tak menggalakkan penggunaan cecair pemadam.

Apa yang berlaku agaknya ya?. Dengan terhidu bau sesuatu kita tiba2 berasa bahawa kita kembali ke masa lampau.

Hari tu saya sedang menunggu suami di tepi jalan dan tiba2 saya terhidu bau tanah. Zuuppp... tiba2 saya terlontar ke zaman kanak2 saya semasa tinggal di kampung yang penuh dengan kehijauan.

Semak-samun, pohon kecil, nyamuk, semut api.

Seterusnya saya nampak laut. Saya terbau air laut yang masin. Kapal2 besar yang belayar di tengah sungai Sarawak yang luas seperti laut. Di atas jambatan di tepi sungai, kanak2 berlompatan melambai2 ke arah kapal.


Keceriaan zaman kanak2 membuatkan saya terleka sebentar.

Jauhnya fikiran saya mengembara di petang Jumaat nih...

Comments

  1. salam,

    betullah kak bau tu mengingatkan kita dengan sesuatu..saya pun begitu.

    ReplyDelete
  2. salam sakinah...

    Ia macam satu talian yang membolehkan kita kembali ke masa lampau kan.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida