Posts

Showing posts from May, 2008

Tiada peluang kedua..

Saat tirai dilabuh berakhirlah cerita dan citra yang kusut dan serabut yang karut dan cemberut seorang manusia yang keliru melakar episod hidup di persada sendiwara saat sorai bergema tersentak pendokong utama mendongak kitab dosa pahala di layar mega seluas maya tanpa diolah dan direka dinilai di neraca waspada yang tak pernah berdusta di sana tiada peluang kedua ...

Jurnal Yadim

Sekadar berkongsi maklumat dengan khalayak untuk melangsaikan tanggungjawab saya sebagai penulis untuk hari ini. Memandangkan saya bercadang untuk menghasilkan satu penulisan ilmiah untuk dihantar ke pihak badan agama, saya mula merujuk pelbagai bahan-bahan berkaitan untuk memeprtimbnagkan tajuk penulisan. Di sini saya ingin berkongsi tajuk-tajuk esei yang diterbitkan oleh Jurnal Yadim Bilangan Keempat April 2003: Globalisasi: Impak dan dilema keselamatan negara pasca 2000 (Supt Dr Hj Ab. Rahman Hj Ismail) Dakwah dan jalinan Intelektual di rantau Melayu-Indonesia: Satu Analisis Sejarah (Prof Madya Dr Rahimin Affendi Abd Rahim) Quranic Injunctions: A Miracle in its Applicability and Felxibility (Ir Dr Muhamad Fuad Abdullah) Islam dan Muhammad SAW dari Perspektif Karen Armstron (Shahrom TM Sulaiman) Metodologi Dakwah kepada Non-Muslim Menurut Al-Quran dan Sirah Nabawiyyah (Ahmad Redzuwan Mohd Yunus) Al-Imam Al-Shafii dan Persoalan {emantapan Pembangunan Ummah Masa Kini

Setabah Khadijah Setaat Aishah

Aku mungkin tidak setabah Khadijah mendukung derita tika dia tersungkur menjunjung hakikat kala dia tersingkir menyongsong kudrat saat dia terusir menyala semangat memikul amanah dari Illahi Aku juga mungkin tidak setaat Aisyah mencabar fitnah di padang pasir mendingin cemburu di lembah zikir menjana ilmu di sudut fikir mencambah kasih di detik akhir Namun aku adalah mereka cintaku hanya satu selepas Dia setiaku hanya satu selepas Dia taatku hanya satu selepas Dia kerana engkau segalanya selepas Dia...

Aku Seorang Hamba

Kerap aku tersandung kerap aku merundum menghitung serpih dosa mengira debu alpa kala aku terleka di buai nafsu dunia di saat langit mendung di saat ombak bergulung aku terkapai aku terlalai dunia hanya seketika aku pasti menemuiNya Dia yang sentiasa di sana mendengar rintih yang pedih saat aku ingin kembali mengenali diri sendiri... 1330 26.05.08

Adakah mereka yang berdosa?...

Saat ruang terluang mengota bicara noda bertempik penjaga samudera rahsia menggumam nista dan cerita bersadur debu di pinggir neraka berteriak bayi suci bersama hanyir darah adakah mereka yang berdosa atau penghuni daerah gelap yang punah dihempas gejolak taufan nafsu sehingga terlonta lesu terkapar layu mengolam virus maut di penghujung nyawa yang hanya patuh pada titahNya...

Wahai Penulis...

Penulis berperanan.... merakam cetusan peristiwa melalui mata pena merekod sejarah untuk tatapan generasi masa depan mendidik masyarakat mengenai isu yang mereka terlepas pandang menjadi agen perubahan dengan mengetengahkan isu-isu semasa menyediakan maklumat untuk masyarakat membuat pilihan dan keputusan membekalkan tips untuk menjadi individu cemerlang dari pelbagai sudut memaparkan pelbagai resepi yang membuka selera menjadi pemandu pelancong kepada pengembara menjelaskan kekeliruan masyarakat terhadap sesuatu isu mendedahkan masyarakat kepada keindahan seni mengupas idea-idea baru untuk dibincangkan dan diperdebatkan melontar pandangan-pandangan kritikal untuk meransang pemikiran umum menajamkan pemikiran masyarakat mengkritik kepincangan semasa mencadangkan penyelesaian permasalahan semasa menjadi penghubung kepada pelbagai golongan dan lapisan masyarakat melalui tulisan mereka berkongsi maklumat mengenai katak... :)

Risau mengenai urusan simpankira?...

Mungkin ramai peniaga yang merancang untuk menyelenggara akaun perniagaan tetapi belum berkesempatan untuk mendapatkan perkhidmatan professional untuk tujuan tersebut. Anda usah risau kerana untuk sementara waktu anda boleh memastikan yang perniagaan anda menyimpan rekod yang sepatutnya ada untuk memudahkan proses perakaunan di kemudian hari. Jadi, apakah perkara yang paling minima yang harus anda lakukan?... Baiklah.. Di ruang yang terhad ini saya akan cuba berkongsi maklumat serba sedikit mengenai perkara-perkara asas yang diperlukan untuk memudahkan rekod simpanan maklumat akaun perniagaan anda. 1. Anda harus menyimpan dengan baik semua dokumen berkaitan dengan wang keluar yang melibatkan perniagaan anda. Sebagai contoh, setiap bayaran yang berkaitan dengan perniagaan sama ada untuk pembelian barang jualan atau pembayaran bil, salinan invois atau bil dari pembekal hendaklah disimpan dengan teratur di dalam satu fail khas. 2. Anda juga perlu menyimpan semua dok

Melangkah setapak...

Hari ini mengukir sejarah tersendiri dengan bermulanya blog kedua saya di laman blogspot. Sebelum ini saya telah menyelenggara blog yang lebih bersifat peribadi di Multiply. Pada asasnya saya mengorak langkah memulakan blog terbaru ini bertujuan untuk mengupaskan isu-isu yang bernafas lebih berat berbanding dengan topik di Multiply. Namun, seiring dengan perkembangan dan perubahan di masa depan, sudah pasti saya akan membiarkan blog ini menentukan arahnya sendiri untuk membina identiti dan kematangannya sendiri dengan sokongan dan sumbangan mana-mana pihak yang ingin berkongsi komen dan pandangan di sini.