Setabah Khadijah Setaat Aishah
Aku
mungkin tidak setabah Khadijah
mendukung derita tika dia tersungkur
menjunjung hakikat kala dia tersingkir
menyongsong kudrat saat dia terusir
menyala semangat memikul amanah
dari Illahi
Aku juga
mungkin tidak setaat Aisyah
mencabar fitnah di padang pasir
mendingin cemburu di lembah zikir
menjana ilmu di sudut fikir
mencambah kasih di detik akhir
Namun aku
adalah mereka
cintaku hanya satu selepas Dia
setiaku hanya satu selepas Dia
taatku hanya satu selepas Dia
kerana engkau segalanya
selepas Dia...
mungkin tidak setabah Khadijah
mendukung derita tika dia tersungkur
menjunjung hakikat kala dia tersingkir
menyongsong kudrat saat dia terusir
menyala semangat memikul amanah
dari Illahi
Aku juga
mungkin tidak setaat Aisyah
mencabar fitnah di padang pasir
mendingin cemburu di lembah zikir
menjana ilmu di sudut fikir
mencambah kasih di detik akhir
Namun aku
adalah mereka
cintaku hanya satu selepas Dia
setiaku hanya satu selepas Dia
taatku hanya satu selepas Dia
kerana engkau segalanya
selepas Dia...
Comments
Post a Comment