Wahai Penulis...

Penulis berperanan....

  1. merakam cetusan peristiwa melalui mata pena
  2. merekod sejarah untuk tatapan generasi masa depan
  3. mendidik masyarakat mengenai isu yang mereka terlepas pandang
  4. menjadi agen perubahan dengan mengetengahkan isu-isu semasa
  5. menyediakan maklumat untuk masyarakat membuat pilihan dan keputusan
  6. membekalkan tips untuk menjadi individu cemerlang dari pelbagai sudut
  7. memaparkan pelbagai resepi yang membuka selera
  8. menjadi pemandu pelancong kepada pengembara
  9. menjelaskan kekeliruan masyarakat terhadap sesuatu isu
  10. mendedahkan masyarakat kepada keindahan seni
  11. mengupas idea-idea baru untuk dibincangkan dan diperdebatkan
  12. melontar pandangan-pandangan kritikal untuk meransang pemikiran umum
  13. menajamkan pemikiran masyarakat
  14. mengkritik kepincangan semasa
  15. mencadangkan penyelesaian permasalahan semasa
  16. menjadi penghubung kepada pelbagai golongan dan lapisan masyarakat melalui tulisan mereka
  17. berkongsi maklumat mengenai katak... :)
  18. ..............................................................

Pada hakikatnya, penulis memainkan peranan penting dalam membentuk pemikiran dan cara hidup masyarakat. Justeru, penulis harus sentiasa bersedia dan bersiap siaga dengan [elbagai kemahiran agar masyarakat persekitaran berjaya dididik dan dibentuk untuk menjadi teras dan dasar pembinaan generasi maju dari segenap segi.
Pastinya anda mempunyai pendapat yang mungkin berbeza megenai peranan penulis?...

Comments

  1. Saya suka peranan no. 17..hehehe

    ReplyDelete
  2. Ha ha ha... Sebenarnya peranan no 17 itu yang paling penting.. Ia menyiratkan makna bahawa penulis berperanan untuk memaklumkan dunia mengenai apa sahaja termasuklah katak... :(). Sebetulnya (nada yang lebih serius), sekiranya kita mengkaji dengan sedikit mendalam, katak itu sendiri terdiri dari ratusan spesies yang mewakili pengetahuan yang luas. Mungkin suatu hari nanti kita boleh mengupas topik katak di sini (bukan mengupas kulit katak ya)... . TQ for the response...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida