Risau mengenai urusan simpankira?...
Mungkin ramai peniaga yang merancang untuk menyelenggara akaun perniagaan tetapi belum berkesempatan untuk mendapatkan perkhidmatan professional untuk tujuan tersebut. Anda usah risau kerana untuk sementara waktu anda boleh memastikan yang perniagaan anda menyimpan rekod yang sepatutnya ada untuk memudahkan proses perakaunan di kemudian hari.
Jadi, apakah perkara yang paling minima yang harus anda lakukan?... Baiklah.. Di ruang yang terhad ini saya akan cuba berkongsi maklumat serba sedikit mengenai perkara-perkara asas yang diperlukan untuk memudahkan rekod simpanan maklumat akaun perniagaan anda.
1. Anda harus menyimpan dengan baik semua dokumen berkaitan dengan wang keluar yang melibatkan perniagaan anda.
Sebagai contoh, setiap bayaran yang berkaitan dengan perniagaan sama ada untuk pembelian barang jualan atau pembayaran bil, salinan invois atau bil dari pembekal hendaklah disimpan dengan teratur di dalam satu fail khas.
2. Anda juga perlu menyimpan semua dokumen mengenai wang terimaan yang berkaitan dengan perniagaan anda.
Sebagai contoh, setiap terimaan wang hendaklah dikeluarkan resit penerimaan ataupun direkod di dalam satu buku khas yang menyatakan tujuan atau keterangan mengenai wang tersebut.
3. Sekiranya anda membuka akaun semasa khas untuk tujuan perniagaan anda, pastikan anda menyimpan semua salinan penyata di dalam fail khas yang mudah untuk dicari seandainya ia diperlukan (memang pasti) kemudian.
Di samping itu, pastikan semua ruang di dalam buku cek anda (keratan) dilengkapkan untuk memudahkan rujukan.
4. Seterusnya, untuk memudahkan anda memantau baki tunai sama ada di tangan atau di bank, sediakan dua buku yang berbeza untuk tujuan tersebut.
Pastikan buku tersebut dikemaskini setiap kali anda membuat pembayaran atau menerima wang berkaitan perniagaan anda. Setiap bayaran akan mengurangkan baki wang anda manakala setiap terimaan akan menambah kepada baki tunai anda.
Rasanya, untuk peringkat yang paling asas, maklumat yang telah dinyatakan adalah memadai untuk memastikan rekod dan dokumen berkaitan perniagaan anda disimpan dengan teratur dan selamat. Untuk tahap paling asas, anda tidak perlu untuk memeningkan kepala dengan pengetahuan debit kredit.
Di kesempatan lain saya akan cuba untuk berkongsi maklumat perakaunan yang lebih mendalam.
Jumpa lagi.

Comments
Post a Comment