Tuesday, January 31, 2012

There are times

0 comment
Assalamualaikum wb..



There are times,

when I think I have lost my passion in doing something.

And then,

I realized that the times has come 

for me to move on;

to explore something different

and

to enjoy the beautiful life

promised by The Creator.

Thank You Allah...

Senyumlah senyum...

2 comment
Assalamualaikm wb...

Tersenyum sendiri bila saya baca kartun ni. Sapa2 yang makan cili akan terasalah pedasnya...;).


Dipetik dari Borneo Post, 31 Jan 2012.


Monday, January 30, 2012

Bahagia tanpa Bersyarat

3 comment
Assalamualaikum wb...

Saya mudah berputus asa apabila melakukan sesuatu kerja/ aktiviti dan ianya mengambil masa yang lama untuk selesai.

Contoh terdekat, walaupun kraf merupakan hobi saya, tetapi terlalu banyak projek saya yang terbengkalai. Hakikat yang perlu saya terima walaupun berat. Sebabnya, bila saya melakukan perkara yang sama dalam tempoh yang lama, saya mudah bosan.

Bukan baru sekarang saya menyedari perkara ini. Sudah lama, malahan saya perkara ini merupakan isu yang sering ditegur oleh emak saya semasa saya belum berkahwin dan sekarang tugas itu diambilalih oleh suami.

Saya tahu memang sikap ini memang bukan tergolong dalam sikap yang terpuji. Buat kerja tak sampai ke hujung.

Emak saya sering  bercerita mengenai seorang puteri yang menjahit sambil berbaring. (Satu lagi pantang, jangan buat kerja sambil berbaring). Seorang putera raja melintas di jendela rumah dan terpandang puteri ini lantas mengkagumi kerajinan puteri yang walaupun sedang berbaring, masih lagi terus membuat kerja.

Dipendekkan cerita, mereka berkahwin dan dikurniakan seorang anak. Dan akhirnya putera raja menyedari sikap sebenar puteri tersebut yang tidak pernah bersungguh dalam membuat kerja apabila puteri mengeluarkan projek jahitannya yang tak pernah selesai untuk mencuci kotoran anak mereka. ...Tamat.... :)

Kembali kepada cerita asal saya.

Minggu lepas saya menyiapkan baju sekolah Fatihah. Selalunya bahagian bukaan tangan baju akan saya jahitkan menggunakan mesin jahit. Tapi kali ni saya memilih untuk menggunakan jahitan tangan sebab bukaannya kecil dan sukar dijahit dengan mesin.

Saya menjangkakan ia akan membosankan saya seperti selalu. Tapi kali ni, saya rasa seronok walaupun memang leceh.

Ternyata, sekiranya kita menekankan objektif kita supaya kerja yang kita lakukan itu siap, tanpa mengambil kira menikmati saat- saat semasa melaksanakannya, memang kita akan dihambat bosan.

Tapi sebaliknya, kalau kita mengambil pendekatan bahawa proses untuk menyiapkan tugasan itu sendiri tidak kurang penting berbanding dengan saat ianya selesai, saya rasa ia akan mendorong kita untuk  menikmati kerja tersebut dan menjamin ianya dilakukan sehingga ke penghujung.

Tak tahu sama ada catatan ini mendatangkan sebarang makna atau kefahaman kepada yang membaca, tapi mesej makronya ialah,

"Nikmatilah setiap detik kehidupan kita tanpa meletakkan sebarang sasaran atau syarat untuk merasa bahagia"

Yang ni pun saya tak pasti orang faham ke tak... :)

Layannnn.....

Sunday, January 29, 2012

Sherlock Holmes

2 comment
Assalamualaikum wb...

Sekarang saya sedang jatuh cinta dengan novel klasik penyiasatan Sherlock Holmes.

Salah satu usaha untuk mencerdaskan minda sebab bagi saya, membaca buku Inggeris klasik tidak semudah membaca buku Inggeris kontemporari.

Buku ni saya selitkan semasa suami saya sedang membayar beberapa buah buku rujukan pembelajarannya.. ;)

Saturday, January 28, 2012

Hari Keluarga

0 comment


Assalamualaikum wb...

Hari ini adalah Hari Keluarga mingguan kami.

Saya bersyukur sebab rumah kedua-dua ibu bapa kami suami-isteri terletak tidak jauh dari rumah kami.

Rumah mak abah saya jaraknya tidak sampai 5 minit berjalan kaki manakala rumah mak mertua pula hanya sekitar 5 minit perjalanan dengan kereta.

Setiap hujung minggu kami akan memastikan kunjungan ke rumah mak suami dibuat. Selalunya kami akan turun awal pagi berjogging di Pustaka Negeri dan singgah di rumah Mak dalam perjalanan balik.

Kalau tak sempat berjogging pula, kami akan terus ke sana untuk berambeh makan tengahari.

Kunjungan ke rumah mak abah saya pula tidak ditentukan jadual sebab jaraknya yang dekat. Saya boleh singgah bila2 masa sahaja.

Manakala, bila suami lapang, kami sekeluarga akan ke sana berjemaah solat Maghrib dan Isya dan bertahlil untuk arwah nenek yang kembali ke Rahmatullah Raya Haji yang lepas.

Insya'Allah kami cuba jadikan ia sebagai salah satu aktiviti wajib keluarga selagi kami mampu. Semoga ia juga akan menjadi amalan anak-anak apabila sampai masa kami melalui saat- saat emas suatu masa nanti.

Thursday, January 26, 2012

Sesak

0 comment

Ini kesesakan yang saya lalui setiap hari sewaktu perjalanan balik dari pejabat.

Hari ni ambil peluang goyang kaki sambil tangkap2 gambar macam pelancong sebab suami cuti. Pergi kerja dihantar dan balik dijemput.

Syurga...;)

Apron Fatihah

0 comment
Assalamualaikum wb.


Dua minggu lepas Fatihah minta dibelikan apron untuk aktiviti seni lukisan kreatif. Selain dari tu, nak juga disediakan warna air, bekas warna dan seludang pisang.

Barangan lain tugas suami saya untuk sediakan manakala apron adalah tanggungjawab saya. Semasa berjalan2 di Giant, sempat lah mengintai-intai apron yang dijual disitu.

Belek punya belek, harganya dalam RM20. Seperti biasa, saya berlagak konon pandai, kalau macam tu, baik saya buat sendiri. Lagipun, saya ada buat "stok" kain ela corak kartun. Kononnya waktu beli, nak buat cadar budak tapi sampai la tu masih kain ela jer.

Balik tu saya selongkar stor kraf saya, jumpa kain tu, dan merayap di internet untuk cari sampel untuk ditiru.

Akhirnya setelah berhempas pulas dalam 2 hari, siap juga untuk Fatihah gunakan. Sekarang dah tergantung di dapur sementara menunggu diperlukan lain kali.

Sebenarnya saya nak buat entri pasal apron ni di blog kreatif, tapi sebab belum sempat nak ambil gambar, saya bercerita dulu kat sini lah. Nanti2 dah ada gambar, saya pautkan dari blog tu pulak.

Jumpa lagi.

Kemaskini 29/02/2012: Pautan gambar apron yang dah siap di sini.

Monday, January 23, 2012

Count your blessing

0 comment
Assalamualaikum wb...

Membaca blog rakan- rakan, saya banyak belajar. Terima kasih rakan- rakan, kerana berkongsi pelbagai entri yang bermanfaat.

Terima kasih kerana mengajar saya menghargai apa yang saya miliki sekarang. Juga mengajar saya menghargai nikmat yang saya ada tanpa saya kehilangannya terlebih dahulu.

Yang paling penting,terima kasih Allah kerana membuka mata hati saya untuk dapat " melihat" yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Alhamdulillah...

Friday, January 20, 2012

Sedangkan lidah lagi tergigit...

2 comment
Assalamualaikum wb...

Mungkin hampir kepada yang mustahil agaknya (sekurang2nya bagi saya), untuk pasangan suami isteri untuk tidak pernah berselisih faham sepanjang kehidupan berumah tangga . Sebab itulah kehidupan rumahtangga disamakan dengan melayari bahtera di samudera kehidupan.

Pernah saya terdengar seorang penceramah motivasi berkata bahawa konflik rumahtangga adalah normal. Kerana dengan kewujudan konfliklah kita menyedari sesuatu isu yang tercetus lebih awal sebelum ia merebak menjadi "wabak" yang sukar untuk dibendung.

Namun, yang paling penting adalah bagaimanakah cara untuk menangani sesuatu konflik tersebut supaya ia dapat diselesaikan dengan baik. Malahan, berdasarkan pengalaman, saya rasa  kejayaan pasangan suami isteri dalam menyelesaikan sesuatu konflik akan menganjakkan mereka ke suatu aras baru dalam perkongsian kehidupan mereka.

Tahun ini merupakan tahun ke 12 perkahwinan saya. Memang masih terlalu singkat untuk melayakkan saya sebagai seorang yang arif dalam selok belok perkahwinan. Malah saya sentiasa merasakan masih terlalu banyak perkara yang perlu saya pelajari dan ketahui dalam memastikan persefahaman dapat dibina, dikekalkan dan ditingkatkan bersama suami.

Walau apa pun, saya dan suami cuba untuk sentiasa  berpegang pada prinsip,

"In order to gain, we should be willing to give as well"

Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan kita di dunia dan juga di Akhirat, Ameen.

Thursday, January 19, 2012

Usia yang datang dan pergi

2 comment
Assalamualaikum wb.

Tahun ini usia saya menginjak angka 40. Sukar nak diterima yang saya telah menghuni dunia ini selama itu. Bagai baru semalam saya bergelak ketawa bersama anak- anak jiran di kampung lama saya.

Tapi, itulah hakikatnya. Malahan, sering saya bertemu dengan rakan sepermainan saya dulu semasa saya menghadiri majlis di sekolah Fatihah. Dan di usia anak- anak kami itulah kami sering bermain, bergaduh, berdamai dan bermain semula setiap hari.

Usia muda memang pasti akan beranjak pergi. Mustahil ia akan setia menunggu kita sehingga bila- bila. Namun, seandainya ia berlalu tanpa kita manfaatkan pengalaman dan pengajaran yang telah ditinggalkan kepada kita, pastinya ia pergi dengan sia- sia.

Semoga baki- baki usia yang saya miliki ini akan menjadikan saya lebih bersedia untuk berjumpa Yang Maha Pencipta suatu ketika nanti, Insya'Allah.

Monday, January 16, 2012

Bila Jemari Bersuara

0 comment
Jemari sepi hanya membisu
bagai ada tembok kata tersergam
pada jiwa sang pendamba

sering kali dia meronta
"bebaskan aku dari ruang kosong ini
yang enggan bersuara walau telah lama
aku menjerit melontar derita 
biar serata benua mendengar
lantas menyua simpati sehingga
aku tidak lagi terpenjara di sini"

dan hanya selepas jemari bersuara
aku kini telah merdeka.