Assalamualaikum wb.
Tahun ini usia saya menginjak angka 40. Sukar nak diterima yang saya telah menghuni dunia ini selama itu. Bagai baru semalam saya bergelak ketawa bersama anak- anak jiran di kampung lama saya.
Tapi, itulah hakikatnya. Malahan, sering saya bertemu dengan rakan sepermainan saya dulu semasa saya menghadiri majlis di sekolah Fatihah. Dan di usia anak- anak kami itulah kami sering bermain, bergaduh, berdamai dan bermain semula setiap hari.
Usia muda memang pasti akan beranjak pergi. Mustahil ia akan setia menunggu kita sehingga bila- bila. Namun, seandainya ia berlalu tanpa kita manfaatkan pengalaman dan pengajaran yang telah ditinggalkan kepada kita, pastinya ia pergi dengan sia- sia.
Semoga baki- baki usia yang saya miliki ini akan menjadikan saya lebih bersedia untuk berjumpa Yang Maha Pencipta suatu ketika nanti, Insya'Allah.
Simple bookmark
-
Assalamualaikum wb...
Setiap kali membaca buku, suami saya ( dan saya sendiri) akan mencapai apa
sahaja yang boleh dicapai untuk dibuat penanda buku.
Ja...
1 week ago






Waalaikumsalam, mudah-mudahan...
ReplyDeleteBak kata orang..semakin tua semakin berisia, pengalaman manis dan pahit dizaman lalu jadi pengajaran dan membuat kita manusia yang berhati-hati untuk menempuh dugaan dihari-hari yang akan datang.
Salam sayang untuk Ummu sekeluarga :)
Assalamualaikum Mak Isah,
ReplyDeleteThanks for the advice. Of course you are one of my aspirations. Bukti nyata bahawa usia bukan alasan untuk ketinggalan... :)..
And there still lots of thing outside there for us to learn and share with the younger generations.. :)
Salam rindu dari kamek sekeluarga untuk Mak Isah and family. :)