Bahagia tanpa Bersyarat

Assalamualaikum wb...

Saya mudah berputus asa apabila melakukan sesuatu kerja/ aktiviti dan ianya mengambil masa yang lama untuk selesai.

Contoh terdekat, walaupun kraf merupakan hobi saya, tetapi terlalu banyak projek saya yang terbengkalai. Hakikat yang perlu saya terima walaupun berat. Sebabnya, bila saya melakukan perkara yang sama dalam tempoh yang lama, saya mudah bosan.

Bukan baru sekarang saya menyedari perkara ini. Sudah lama, malahan saya perkara ini merupakan isu yang sering ditegur oleh emak saya semasa saya belum berkahwin dan sekarang tugas itu diambilalih oleh suami.

Saya tahu memang sikap ini memang bukan tergolong dalam sikap yang terpuji. Buat kerja tak sampai ke hujung.

Emak saya sering  bercerita mengenai seorang puteri yang menjahit sambil berbaring. (Satu lagi pantang, jangan buat kerja sambil berbaring). Seorang putera raja melintas di jendela rumah dan terpandang puteri ini lantas mengkagumi kerajinan puteri yang walaupun sedang berbaring, masih lagi terus membuat kerja.

Dipendekkan cerita, mereka berkahwin dan dikurniakan seorang anak. Dan akhirnya putera raja menyedari sikap sebenar puteri tersebut yang tidak pernah bersungguh dalam membuat kerja apabila puteri mengeluarkan projek jahitannya yang tak pernah selesai untuk mencuci kotoran anak mereka. ...Tamat.... :)

Kembali kepada cerita asal saya.

Minggu lepas saya menyiapkan baju sekolah Fatihah. Selalunya bahagian bukaan tangan baju akan saya jahitkan menggunakan mesin jahit. Tapi kali ni saya memilih untuk menggunakan jahitan tangan sebab bukaannya kecil dan sukar dijahit dengan mesin.

Saya menjangkakan ia akan membosankan saya seperti selalu. Tapi kali ni, saya rasa seronok walaupun memang leceh.

Ternyata, sekiranya kita menekankan objektif kita supaya kerja yang kita lakukan itu siap, tanpa mengambil kira menikmati saat- saat semasa melaksanakannya, memang kita akan dihambat bosan.

Tapi sebaliknya, kalau kita mengambil pendekatan bahawa proses untuk menyiapkan tugasan itu sendiri tidak kurang penting berbanding dengan saat ianya selesai, saya rasa ia akan mendorong kita untuk  menikmati kerja tersebut dan menjamin ianya dilakukan sehingga ke penghujung.

Tak tahu sama ada catatan ini mendatangkan sebarang makna atau kefahaman kepada yang membaca, tapi mesej makronya ialah,

"Nikmatilah setiap detik kehidupan kita tanpa meletakkan sebarang sasaran atau syarat untuk merasa bahagia"

Yang ni pun saya tak pasti orang faham ke tak... :)

Layannnn.....

Comments

  1. Assalamualaikum...hehehe...tak faham ;p

    kerja hobi sepatutnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan, nama dah hobi.Kalo dah sampai bikin stress dan bosan itu bukan namanya hobi gik dah hehehe... pelan2 m.yah.Fokus sigek2, sik lah celaru :)

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam Mai,

    Itulah dia.. Mun dah hobi pun, bila dah lamak sikit molah alu nak bosan, M yah pun sik faham... :)

    Mula molah nang seronok, tapi nak nunggunya siap ya lah mauk nak boring. Nya sik stress Mai, tapi mbak boring alu start molah benda lain... Ya lah benda lamak alu sik siap2.. :)

    ReplyDelete
  3. biasala ya m.yah..x sabar2 nk abis.even kmk pun mcm ya juak.Tp ska gar blog kraf urang nok molah kraf oo...agik2 dak omputeh.Da jak idea nya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin