Hari Keluarga



Assalamualaikum wb...

Hari ini adalah Hari Keluarga mingguan kami.

Saya bersyukur sebab rumah kedua-dua ibu bapa kami suami-isteri terletak tidak jauh dari rumah kami.

Rumah mak abah saya jaraknya tidak sampai 5 minit berjalan kaki manakala rumah mak mertua pula hanya sekitar 5 minit perjalanan dengan kereta.

Setiap hujung minggu kami akan memastikan kunjungan ke rumah mak suami dibuat. Selalunya kami akan turun awal pagi berjogging di Pustaka Negeri dan singgah di rumah Mak dalam perjalanan balik.

Kalau tak sempat berjogging pula, kami akan terus ke sana untuk berambeh makan tengahari.

Kunjungan ke rumah mak abah saya pula tidak ditentukan jadual sebab jaraknya yang dekat. Saya boleh singgah bila2 masa sahaja.

Manakala, bila suami lapang, kami sekeluarga akan ke sana berjemaah solat Maghrib dan Isya dan bertahlil untuk arwah nenek yang kembali ke Rahmatullah Raya Haji yang lepas.

Insya'Allah kami cuba jadikan ia sebagai salah satu aktiviti wajib keluarga selagi kami mampu. Semoga ia juga akan menjadi amalan anak-anak apabila sampai masa kami melalui saat- saat emas suatu masa nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin