Apron Fatihah

Assalamualaikum wb.


Dua minggu lepas Fatihah minta dibelikan apron untuk aktiviti seni lukisan kreatif. Selain dari tu, nak juga disediakan warna air, bekas warna dan seludang pisang.

Barangan lain tugas suami saya untuk sediakan manakala apron adalah tanggungjawab saya. Semasa berjalan2 di Giant, sempat lah mengintai-intai apron yang dijual disitu.

Belek punya belek, harganya dalam RM20. Seperti biasa, saya berlagak konon pandai, kalau macam tu, baik saya buat sendiri. Lagipun, saya ada buat "stok" kain ela corak kartun. Kononnya waktu beli, nak buat cadar budak tapi sampai la tu masih kain ela jer.

Balik tu saya selongkar stor kraf saya, jumpa kain tu, dan merayap di internet untuk cari sampel untuk ditiru.

Akhirnya setelah berhempas pulas dalam 2 hari, siap juga untuk Fatihah gunakan. Sekarang dah tergantung di dapur sementara menunggu diperlukan lain kali.

Sebenarnya saya nak buat entri pasal apron ni di blog kreatif, tapi sebab belum sempat nak ambil gambar, saya bercerita dulu kat sini lah. Nanti2 dah ada gambar, saya pautkan dari blog tu pulak.

Jumpa lagi.

Kemaskini 29/02/2012: Pautan gambar apron yang dah siap di sini.

Comments

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin