Thursday, June 17, 2010

Nadra

Saya tidak pernah sanggup untuk membaca/ menonton sehingga selesai sebarang program mengenai perkara ini.

Seolah2 dengan menghindarinya akan mengubah sejarah yang telah tersurat untuknya.

Suami saya ada membeli buku terbaru mengenai Nadra tetapi saya hanya menjeling sebelah mata dan belum sanggup untuk menyelak isinya.

Pagi ini saya mencapai sebuah buku dengan tujuan untuk mengisi masa minum pagi sebelum turun ke pejabat. Buku tulisan Isa Kamari bertajuk Atas Nama Cinta.

Saya selak secara rambang dan terpandang nama Natra/ Aminah/ Singapura.

Lantas selera membaca saya tersekat. Sama seperti selera saya hendak menikmati sarapan pagi.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Salam....

2 comments:

  1. Salam,

    Saya dah baca buku tu..adalah pengajaran yang boleh diambil. kita tak tahu akhir hidup dia yang sebenar.. moga matinya dalam Islam.

    ReplyDelete
  2. Salam Sakinah. Akak tak sampai hati lah nak baca perjalanan hidup dia. Rasa terkilan, sedih dan tak tahu lah perasaan apa lagi...
    Akak cakap ni dari segi dia sebagai seorang insan yang mempunyai perasaan. Yang berhak untuk meneruskan kehidupan dengan insan yang dicintai, tapi ia dimusnahkan semata2 untuk memuaskan keegoan manusia. Dan setelah ego mereka puas, Natra dibiarkan tanpa haluan.
    Entah lah Sakinah.. Akak ni memang jenis yang tak realistik punya orang... Susah nak terima kenyataan yang pahit.
    Moga benih Islam yang disemai waktu dia remaja tu sempat menanam akar di dalam dirinya.

    ReplyDelete