Masihkah kau bermimpi
Masihkah kau ingin kembali
menggapai ranting harapan
yang telah lama reput
dimamah dendam dan curang
di pinggir cinta
Masihkah kau ingin bermimpi
jalur pelangi girang menyapa
biru langit dan hijau gunung
riak laut pun ketawa
membawa ombak ke pantai jiwa
Saat seloka senja kian menyepi
usah kau nanti khabar dari kota
kerana cinta semalam telah hilang
ditelan gagak jalanan dan kerlip neon
setia tidak lagi menjanji sebarang makna
menggapai ranting harapan
yang telah lama reput
dimamah dendam dan curang
di pinggir cinta
Masihkah kau ingin bermimpi
jalur pelangi girang menyapa
biru langit dan hijau gunung
riak laut pun ketawa
membawa ombak ke pantai jiwa
Saat seloka senja kian menyepi
usah kau nanti khabar dari kota
kerana cinta semalam telah hilang
ditelan gagak jalanan dan kerlip neon
setia tidak lagi menjanji sebarang makna
Comments
Post a Comment