Thursday, May 13, 2010

Hari Pertama Penjaja Kecil

Ngantuknya....

Pagi ni saya memulakan hari pertama sebagai peniaga kecil... Bangun seawal pukul 5 pagi saya dan suami memulakan hari dengan membungkus mihun untuk jualan. Pukul 6 pagi kami bertolak ke tapak jualan (di depan rumah emak saya) yang menjadi laluan pelajar sekolah berhampiran.

Yang kelakarnya, sementara menunggu jualan, suami saya sempat menghabiskan dua bungkus mihun. laku le 2 bungkus mihun saya. Termasuk mihun yang emak saya beli, untuk hari pertama (saya tutup gerai pukul 7.15 pagi sebab perlu bertolak ke pejabat) mihun saya laku tiga bungkus. Tiga bungkus lagi saya hantar balik ke rumah untuk sarapan anak2 dan selebihnya (4 bungkus) saya bagi kat emak.

Duduk terpacak di tepi jalan bersama suami, saya belajar memahami kehidupan penjaja kecil. Mengharapkan pelanggan untuk menyara kehidupan. Emak saya tergelak dengan apa yang kami berdua lakukan tetapi bagi saya, walaupun belum berjaya menjual apa2 pada hari ini, saya belajar banyak perkara yang tidak boleh didapati dari sumber lain waima IPT sekali pun.

Kita tengok pulak apa yang akan berlaku pada hari seterusnya... Tunggu..

2 comments:

  1. o tedahh...hehe..percubaan pertama ya..sikpa..try again.

    ReplyDelete
  2. musti... musti... x boleh putus asa.. :)

    ReplyDelete