Saturday, May 22, 2010

Di ruang ini

Di ruang ini
tanpa kata dan suara
kita berkongsi rasa
menyulam mesra
dan ceria

lewat baris ayat
kita merungkai duka
yang selama ini
menghuni daerah jiwa
bukan lagi rahsia

di ruang ini
walau hanya jalur maya
namun degup dan nadi
bertaut menyubur
membina tugu saudara

No comments:

Post a Comment