Peniaga Kecil
Baru-baru ini hati saya tergerak untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan memandangkan permohonan suami saya untuk berpindah tempat kerja ke Kuching kerana ini bermakna kami sekeluarga akan kembali menjalani kehidupan berkeluarga secara "normal" dan tidak ada lagi kerisauan kerana duduk berasingan.
Kerisauan yang saya maksud bukanlah kerana cemburu tetapi lebih kepada perbelanjaan keluarga yang terlalu tinggi kerana membiayai dua kehidupan dan perbelanjaan ulang-alik suami untuk melawat kami. Pada masa yang sama anak-anak juga sedang membesar dan perlukan perhatian dan tunjuk ajar ayah mereka.
Kembali kepada cerita berniaga yang saya sentuh pada awal tulisan. Walaupun belum pasti produk yang hendak dihasilkan, saya dan suami telah membeli khemah kecil yang selalu digunakan penjaja jalanan. Hujung minggu lepas saya bertekad untuk memulakan langkah pertama dengan mencuba untuk menjual roti canai segera buatan adik saya.
Yang kelakarnya, projek gerai tersebut akhirnya bertukar menjadi projek keusahawanan anak sulung saya yang berumur 8 tahun dan sepupunya. Petang semalam, adik saya memindahkan gerai tersebut ke rumah Emak yang terletak di tepi jalan. Dalam perjalanan pulang dari pejabat saya singgah di rumah Emak. Sungguh comel penjaga gerai cilik di samping emak, emak saudara dan nenek mereka yang terlebih teruja dengan projek tersebut.
Walaupun hari pertama berniaga belum berjaya mengundang pelanggan, kesemua bergedil habis dibeli oleh emak, emak saudara dan nenek peniaga "kecil" yang betul-betul kecil. Selamat majujaya peniaga kecil...

Ya rabbi...besh da jak...fatihah jd peniaga kecil ka? sik pa hal..usey2 bah..lamak2 kin rami la pelanggan g siya :)
ReplyDeleteMula2 fatihah jak last week.. Kak ya ari marek dijoin lah najihah.. ri marek dak ana, ani cangok2 jak depan ya... neneknya apatah lagik.. alu bekamponglah mek orang sia...
ReplyDeleteabah sidak duak ya balit beriadah masing2 singgah sia nulong nyimpan khemah... dapat lah 4posen sorang sidak peniaga ya ri marek... kei nambah experience nembiak bah mai... kedong barang ada and lokasi umah nenek pun kira strategik juak...kelak share gambar mun ada..