Dailog

Mari kita bermain bahasa..

Kita buat dailog nak..

Cuba kita tengok bagaimana penggunaan dailog yang sama boleh menggambarkan perasaan yang berbeza:

" Saya sayang awak",

Kita sambung melalui pelbagai cara yang berbeza:
==================================================

1. "Saya sayang awak", bisik Aina lemah. Kolam matanya berkaca. Wajah ceria Haziq semasa majlis persandingan mereka ditatap tanpa berkelip.

Tiba-tiba Aina menjerit. Suaranya bergema memenuhi ruang bilik yang masih menyimpan seri pengantin. Serentak bunyi kaca pecah berbaur.

==================================================

2. "Saya sayang awak", suara Raisya tersekat-sekat. Dia mendekatkan bibirnya ke telinga Azlan. Perlahan-lahan kelopak mata Azlan terbuka. Pandangannya sayu menyapu seluruh wajah bujur Raisya. Cepat-cepat Raisya menyapu air mata yang membasahi pipinya yang kian pucat.

===================================================

3. "Saya sayang awak", Hairi menyembunyikan sinar matanya. Syaitan bagaikan menari-menari merayakan misinya yang hampir berjaya.

==================================================

4. "Saya sayang awak", Eidlan bersuara tegas.

"Saya takkan mengalah. Saya pasti keluarga awak akan menerima hakikat ini suatu hari nanti", tanpa menoleh, Eidlan melangkah meninggalkan Izan terpingga-pingga seorang diri.

=================================================

Sapa2 yang ada masa lapang, bolehlah sambung cerita2 di atas.. :)

Layan....

Comments

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin