Saya perlu kembali
Semasa memandu untuk ke pejabat pagi tadi saya menangis teresak-esak. Dalam erti kata sebenar. Ya itulah hakikatnya yang saya sendiri tidak pernah menyangka akan berlaku. Saya menangis teresak-esak seorang diri di dalam kereta.
Kenapa saya begitu sedih?. Kenapa saya boleh mengalirkan air mata sebegitu sayu?. Sebenarnya saya menangis hanya kerana satu segmen yang saya ikuti di radio. Hah?.... Segmen di radio?. Ya... Kisahnya begini.
Akhir-akhir ini saya memang memasang saluran Radio IKIM untuk menemani saya semasa memandu. Pagi tadi semasa segmen Motivasi, penceramah tersebut secara santai menyentuh mengenai kepentingan Bulan Jamadil Awal yang kita lalui sekarang. Saya secara terus terang memang kurang mengambil berat mengenai hal ini.
Seterusnya penceramah menyebut mengenai Ghazwah Mu'tah yang berlaku di bulan ini dan bagaimana ia terjadi berpunca dari utusan Nabi SAW yang telah dibunuh semasa membawa perutusan dakwah ke sebuah negeri... Mintak maaf.. sejak keluar dari sekolah menengah saya kurang arif dengan sejarah Islam... Tolong betulkan mana-mana yang kurang tepat atau tambahkan mana yang kurang lengkap.
Hati saya mula diketuk sayu apabila penceramah bercerita mengenai kesungguhan para Muslimin untuk menyertai Ghazwah tersebut sehingga seorang sahabiyah yang tidak berpeluang untuk ikut serta mencari jalan untuk menyumbang. Akhirnya beliau telah dengan rela hati mengorbankan rambut panjang beliau untuk diolah menjadi cemeti untuk memukul kuda perang. Masya'Allah... Betapa Muslimin zaman Nabi SAW begitu menjaga maruah Islam.
Dalam saya menahan hati yang sebak, saya terpukul dengan cerita seterusnya. Saya gagal menahan sebak dan air mata saya keluar seperti hujan lebat bila kisah Nabi melantik tiga orang sahabat sebagai pembawa panji disebut. Pertama Nabi SAW melantik Zaid bin Harithah sebagai pembawa Panji Islam. Seandainya beliau syahid, panji tersebut hendaklah diambil oleh Abdullah bin ????? (Mintak maaf, saya kurang pasti) dan seandainya Abdullah juga gugur maka panji tersebut hendaklah dijulang oleh Jaafar bin Rawahah (????.. tolong betulkan)...
Siginifikannya arahan Nabi SAW seperti ini adalah satu petanda bahawa orang-orang yang dilantik ini akan syahid... Adakah mereka memberi pelbagai alasan untuk tidak menyertai Ghazwah tersebut?.. Tidak... Mereka dengan bangganya memikul tanggungjawab tersebut.
Dan memang itulah yang sebenarnya berlaku. Secara lanjut cerita ini memang ramai yang tahu dan saya sendiri pernah dan kerap mendengar kisah ini semasa di sekolah di mana salah seorang dari mereka telah dianugerahkan sayap menggantikan kedua2 belah tangan yang dipotong kerana usaha musuh untuk menjatuhkan panji Islam itu.
Mungkin cerita yang saya kisahkan ini kurang menarik disebabkan fakta2 yang kurang lengkap dan saya mengakui terdapat byk kesilapan kerana kecuaian saya. Tetapi hati saya memang betul2 sebak pagi tadi. Saya memang mudah mengalirkan air mata bila hati saya tersentuh tetapi saya tidak pernah menangis teresak-esak seperti itu hanya kerana mendengar cerita dari rancangan radio.
Saya mendapat pengajaran pada hari ini. Ternyata masih ada ruang untuk saya kembali dan saya harus kembali...

Alhamdulillah n insyaAllah m.yah...sama2lah kita yer...:)
ReplyDeletekelakar pun ada juak mai.. heran ajak kali mun org niat m yah terkasak2 jak ngelap air mata tengah driving.. makin dilap makin jadi rasa sayu... heran juak m yah tang hada2 jak atang rasa piluk ya...
ReplyDeletesik hal m.yah...ati sayu n piluk sbb hal-hal nak bait sik sia-sia aik mata ya..:)
ReplyDelete