Tetamu Senja
Setiap pagi saya pasang radio IKIM, sebab itu merupakan salah satu cara nak tambah ilmu semasa memandu dan buat kerja kat pejabat. Selalu la saya dengar puisi2 yang dimainkan.. Saya pun minat jugak dengan benda2 macam ni dan sekali-sekala cuba nak asah bakat.
Salah satu dari sajak yang selalu dipasang yang saya rasakan sedap dan best ialah sajak Tetamu Senja nukilan A Samad Said. Jadi cuba google untuk bubuh kat blog ni. Banyak rupa yang dah bubuh sajak ni kat blog diorang Salah satu dari blog tersebut ialah Blog Cahaya Hidupku.

Saya mintak izin copykan dari tuan punya blog untuk rujukan saya.
Tetamu Senja ~ A. Samad Said
--------------------------------
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
~ A. Samad Said

Comments
Post a Comment