Kelas Tuisyen.

Membaca blog mengenai pembelajaran di rumah, saya teringat dengan Fatihah yang memujuk kami untuk menghantarnya menghadiri kelas tuisyen. Ia diadakan oleh salah seorang gurunya yang merangkumi Sabjek Matematik,Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Setiap sabjek dikenakan bayaran RM25. Ini bermakna kelas tuisyen ini memerlukan tambahan perbelanjaan RM100 sebulan.

Saya dan suami sememangnya telah lama tidak bersetuju dengan pendekatan menghadiri kelas tuisyen. Di samping ia memerlukan perbelanjaan tambahan, ia juga memakan masa kanak-kanak yang telah sedia penuh kerana aktiviti wajib sekolah.

Selepas memujuk Fatihah bahawa belajar di rumah lebih mudah, kami mula mengatur jadual pembelajaran Fatihah dan secara rasminya Fatihah juga mengikut kelas tuisyen tetapi lebih eksklusif kerana dia belajar dengan keselesaan rumah dan diajar oleh dua orang tenaga pengajar yang khusus iaitu MAMA dan ABAH.

Sabjek semasa?.. KEUSAHAWANAN...

Comments

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin