Perjalanan lautan
6 Ramadhan 1433H.
Assalamualaikum wb...
Nota:
Rentetan pembacaan buku tulisan Prof Dr Hamka, Pandangan Hidup Muslim, Pustaka Dini Sdn Bhd (2004) ms 125
Assalamualaikum wb...
Di gigi air
antara pasir dan ombak
ada penghalang
untuk aku terus berjalan
seandainya enggan berubah
dan terus melangkah
pasti akan lemas
tanpa berjaya menatap biru lautan
sebaliknya kalau benar ingin menyeberang
atau belayar di laut dalam
binalah bahtera yang kukuh
untuk menjelajah lautan
kerana penghujung daratan
bukanlah penamat kehidupan
tapi permulaan perjalanan lautan
yang amat panjang.Nota:
Rentetan pembacaan buku tulisan Prof Dr Hamka, Pandangan Hidup Muslim, Pustaka Dini Sdn Bhd (2004) ms 125
"Titik penghabisan daripada ilmu ialah permulaan dari falsafah, dan akhir kesudahan daripada falsafah, hanya dapat diselesaikan dengan agama"
Comments
Post a Comment