Tadarrus- Ihya Ramadhan

5 Ramadhan 1433H.

Assalamualaikum wb....

Zaman budak- budak dulu, kalau bulan Ramadhan, saya dan abang selalu menyertai kumpulan tadarrus di surau. Seronok, sebab boleh baca guna mikrofon. Kita akan duduk ramai- ramai dalam bulatan, bergilir baca ayat al- Qur'an. Bila dah nak selesai giliran, ketua akan bagi isyarat berhenti dengan menyambung bacaan yang sedang kita baca. 

Sekarang, bila dah besar terutama bila dah berkeluarga, tak ada peluang dah. Solat Terawih pun berjemaah dengan keluarga sahaja di rumah. Tapi itu tak boleh dijadikan alasan untuk tidak m enyertai pesta Ramadhan. 

Seperti tahun- tahun yang lepas, saya berazam nak khatam Al-Quran dalam masa sebulan tu. Ini bermakna saya sekurang- kurangnya kena tamatkan satu juzuk setiap hari. Bukanlah mustahil tetapi bukan juga perkara yang mudah.

Waktu mula- mula memang bersemangat tetapi selalunya bila dah ketinggalan sebab uzur, mulalah hilang semangat. Dan setakat ni, memang tak pernah lagi saya berjaya khatamkan satu Al-Qur'an dalam sebulan Ramadhan.

Tahun ni saya cuaba lagi buat azam. Dan strateginya ialah untuk saya mendahului hari, maknanya juzuk saya mestilah lebih banyak dari jumlah hari Ramadhan yang dah berlalu. Setakat ini saya dah mendahului satu juzuk, sedang juzuk keenam pada Ramadhan ke 5. Tapi tak cukup bagus untuk memastikan azam saya terlaksana. Saya mesti mendahului dalam 4 ke 5 juzuk.

Memang boleh, sebab sekarang saya dapat kedepan walau tak buat bacaan pada setiap waktu solat. Saya baca semasa setengah jam sebelum mula kerja dan selepas solat zohor. 

Jadi, kalau saya konsisten baca dan tambah pulak waktu selepas solat maghrib dan terawih, rasanya memang dapat capai azam. 

Sebenarnya bukan tadarrus pun, sebab tadarrus maknanya bacaan bergilir- gilir yang saling memerhati bacaan antara satu sama lain. Saya pulak baca sorang- sorang. Tapi, rasanya dari tak buat, baiklah buat mana yang termampu.

Ada pulak orang  berpendapat, kalau ghairah nak habiskan satu Al-Qur'an, nanti tak dapat faedah tanpa cuba memahami tafsirnya. Saya pula berpendapat, waktu di bulan Ramadhan ni anggaplah kita sedang buat perjalanan ekspress tanpa henti, jadi berpeluang menjenguk semua destinasi walaupun sekejap. Nanti- nanti, bila dah selesai Ramadhan, kita kembali semula untuk menjenguk mana- mana tempat bacaan yang kita nak faham dengan lebih lanjut lagi.

Anggaplah menamatkan bacaan satu Al-Quran dalam sebulan seperti lawatan singkat ke setiap pelosok tempat bukan melancong ke tempat tertentu yang kita inginkan. Peluang untuk mengenalpasti sudut mana yang kita nak lawat dengan lebih lama bila kita ada peluang lain kali.

Wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida