zarah nikmat
Jangan lupa petik bunga itu
saat berkembang
dan gubahlah
menjadi jambangan hati
sekali- sekala ada manis
sekali- sekala juga ada pahit
menjenguk ikatan mesra
lantas jangan kecewa
hanya kerana pernah terluka
tanpa pahit
mana bisa mengenal manis
tanpa sakit
nikmat sihat tidak berharga
sebesar zarah
setiap nikmat
harus dikira.
-ummufatihah2021-
5.16 pm
12.06.2021
taman seri sena, petra jaya.
*another sunday is coming*
21.02.2021
Surah Al-Fatihah untuk Mak
Comments
Post a Comment