An Jing
Assalamualaikum wb...
Dah beberapa minggu ni saya tak dapat mengikuti saluran radio kegemaran saya (IKIMfm) semasa kerja sebab bunyi angin dalam radio tu kuat sangat. Bukan saluran IKIMfm saja yang macam ni, saluran lain yang berbahasa Melayu pun sama. Jadi, apa yang saya nak buat supaya tak rasa sunyi sangat?
Sejak minggu lepas, saya dengar saluran berbahasa Mandarin.. hehe...
Sebenarnya dulu2 memang saya minat nak belajar bahasa Mandarin. Ada satu zaman tu, saya pantang tengok kamus dan buku belajar bahasa mandarin, mesti saya cekup. Kena pulak saya ni memang seorang yang boleh lah dianggap selflearner (suka belajar kemahiran sendiri2 tanpa berguru).
Tapi so far, belum lah lagi saya pandai berbahasa mandarin sebab segan nak cuba. Cuma bolehlah tangkap sikit bunyi dia.
Jadi ceritanya, selalu saya dengar perkataan An Jing. Sebutan dia "an cing". Bukan dog ya... :)
Semalam saya cuba cari dalam kamus makna dia. Hari ni saya google dalam internet.
Kat bawah ialah salah satu hasil pencarian saya:
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Custom Search |
An Jing – Jay Chou (Zhou Jielun) | Download Chinese Lyrics
23 Dec 2010 ... An Jing – Jay Chou (Zhou Jielun) ... Song Title: An Jing Chinese Song Title: 安静 (Quiet) Artist: Jay Chou (Zhou Jielun 周杰伦) ...++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
An Jing - dalam tulisan macam ni --->>> An 安 Jing 静
(sebutan kita "An Cing" sebab dalam bahasa mandarin tak de bunyi J)
membawa maksud "tenang/ senyap" atau dalam bahasa Inggeris "quiet/ peace".
Kalau berminat nak tengok lirik lagu cina yang ada menyertakan cara sebut lirik dia dalam abjad rumi (betul ke sebut rumi?) boleh jenguk laman web ni www.downloadchinese.com
Mari kita sama2 belajar... :)
Salam...
Terasa nak belajar jugak bahasa Mandarin ni. Bagus jugak sbb nanti bleh bercakap ngan nyonya kedai tu tanpa was2...hehehe..and also bleh kurangkan chances kena tipu dek tokey kedai yang sama. Hmmm...insya'allah, bila dah habis MBA, nak start kelas Mandarin plak..
ReplyDeleteBetul tu ALong...
ReplyDeleteNanti kalau Along dah biasa dengan kesibukan dan "siksaan" semasa buat MBA, akan tercari2 apa "beban" nak dipikul bila kehidupan dah selesa balik lepas habis MBA... :)... Saya jamin..