Hari ini bertanam jagung

Assalamualaikum wb. dan salam 18 Syaaban 1432H.

Pagi Sabtu lepas kami sekeluarga menghantar "Kakak" ke perhentian bas. "Kakak" bersara setelah bersama keluarga kami hampir 7 tahun.

Daripada seorang gadis belasan tahun, sekarang Kakak telah menjadi isteri orang. Dalam erti kata lain, Kakak dewasa di depan mata saya.

Saya amat bersyukur sebab akhirnya penghujung kepada perhubungan kami adalah penghujung yang positif. Bukan tak pernah kami bermasam muka. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita yang duduk sebumbung.

Seingat saya, pernah sekali dia merajuk kerana gurauan saya. Hanya memerap di bilik dan panggilan anak2 pun tidak dilayan. Waktu tu 4 tahun yang lepas. Saya kesihan kat anak2 yang menangis sebab tidak dilayan. Terus saya cakap kat dia kalau dah tak nak duduk dgn keluarga saya, cakap terus terang. Saya akan hantar dia balik. Dalam merajuk tu dia menjawap tak nak berhenti. Sejak tu saya berhati2 dalam bergurau supaya tak menyinggung perasaannya. Dan dia juga belajar untuk lebih memahami sikap saya.

Selain dari tu, ada juga perkara2 remeh -temeh yang saya kurang senang mengenainya dan mungkin juga sikap saya yang dia kurang senangi. Tapi saya mengambil pendekatan positif. Mana ada manusia yang sempurna. Selagi kita bersedia untuk membuka minda dan bertolak ansur, Insya'Allah semua perkara akan dapat diselesaikan.

Kalau dia mula menjejak kaki ke rumah saya 7 tahun lalu hanya sebagai seorang pembantu, tapi bila dia melangkah keluar pada Sabtu lepas, dia pergi sebagai seorang keluarga.

Mungkin suatu hari nanti, ingatannya terhadap kami sekeluarga akan lenyap dan begitu juga sebaliknya, namun;

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Assalamualaikum....

Comments

  1. ASSALAMUALAIKUM...

    Kakak dalam kenangan.Teringat ngn kakak ani sidak tok dolok2..

    dah ada pengganti?

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam Mai...

    Yalah.. Nikmat Allah tuk dalam pelbagai bentuk... Terpulang ngan kita untuk bersyukur... :)

    Insya'Allah kak Raya tuk adik ipar Edang ngganti.. Neti pun yang gago encarik penggantinya.. Mun ikot M yah, biarlah aku sendiri.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida