Kita harus mula belajar
Kita harus mula belajar
untuk lebih banyak mendengar
kerana sepasang telinga
bukan sekadar hiasan
pelengkap wajah yang comel
Kita harus mula belajar
untuk sedikit berkata
kerana sebentuk bibir yang mungil
bukan untuk membuat dosa
menyakitkan hati manusia
Kita harus mula belajar
untuk lebih menghargai
perasaan seorang insan
kerana Cinta Illahi
hanya untuk mereka
yang dicintai manusia.
Latih tubi 8 Dzulhijjah 1432H
Comments
Post a Comment