Sollatullah Salamullah

Assalamualaikum wb dan salam 9 Syawal 1432 H.

Pastinya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri.

Sepuluh jari disusun, kemaafan dipohon kerana pastinya sebagai seorang insan, saya tidak dapat lari dari melakukan kesilapan yang mungkin menyinggung perasaan rakan2 sama ada di alam nyata atau di alam maya.


Kemas kini Aktiviti Raya di Sana Sini saya tahun ni:

1. Rasa kurang lengkap sedikit sebab abang sulung (da only boy in da family) dan keluarga tak balik beraya kerana isteri sarat mengandung dan anak nya yang sulung nak ambik UPSR. Sampai tak de selera nak tangkap gambar keluarga yang menjadi agenda wajib setiap raya.

2. Selain dari (1) di atas,memang kiranya saya, suami dan anak2 memang beraya sakan. Mana tidaknya, tiap hari dari raya pertama kami tak duduk di rumah sendiri.

2(i)Hari Raya Pertama berziarah ke rumah keluarga saya, keluarga mertua dan saudara mara sebelah mertua. Dapat la peluang berziarah bersama abang ipar dan keluarganya yang duduk di Miri.

2(ii) Hari Raya Kedua memenuhi jemputan rumah terbuka bapa saudara, kawan sepejabat suami, kawan sekelas Fatihah dan guru kelas Maryam.

2(iii) Hari Raya Ketiga pulak saya dah buat janji dengan adik saya dan keluarga untuk berziarah sekali ke rumah abang dan kakak kepada Abah. Sebelah malam pulak curi masa berziarah ke rumah jiran sebelah. Dapat lah berbual panjang dan bertukar- tukar cerita dengan jiran yang berkongsi bumbung dan dinding tapi amat sukar nak bersua pada hari biasa.

2(iv)Hari Raya keempat sebelah pagi memenuhi jemputan rumah terbuka rakan sepejabat suami dan rumah mak saudara saya. Selepas solat Jumaat pulak dah buat janji dengan rakan karib saya dan keluarga yang menetap di KL untuk berziarah ke rumah beberapa orang rakan- rakan lama satu sekolah menengah. Dalam perancangan cuma 4 buah rumah, tapi akhirnya sampai 9 malam kami berjaya menziarahi 7 buah rumah kawan2. Memang seronok sangat dapat jumpa kawan2 lama yang dah sibuk dengan keluarga dan kerjaya masing2.

2(v) Hari raya Kelima pergi pulak kenduri sepupu jauh saya kat dewan Hikmah. Seronok sangat tengok kemeriahan di hari raya dan dpt hai hai kat ramai wajah yang dikenali. Balik dari situ pegi pulak rumah terbuka sepupu. Petang pulak berziarah ke rumah adik saya sambil menonton DVD Pirate of Carribean. Malamnya, seorang lagi sepupu jemput makan laksa Penang kat rumah dia.

2(vi) Hari Raya Keenam ni saya dan suami dah rancang awal2 untuk duduk rehat di rumah sebab hari Isnin saya dah nak mula kerja. Tapi sebab semangat raya tu masih menyala- nyala lagi, saya buat cadangan kat suami untuk ajak kawan2 yang dilawat pada raya keempat datang ke rumah makan tengahari. Yalah, kalau dia orang saja2 nak berziarah ke rumah, memang sah jumpa pintu pagar bertutup la. Suami setuju dan akhirnya saya berjaya mengumpul 3 orang kawan dan keluarga datang makan tengahari bertemakan selera kampung; ikan bakar, ikan goreng, ikan masak asam, sayur keladi, ulam pucuk ubi. Turut diselitkan tempoyak dan sayur umbut. Kalau ada kesempatan saya cerita dalam siri lain pulak lah bab ni.

Kata tak nak jalan dah, lepas tetamu terakhir datang (adik saya), kami bergegas pulak memenuhi jemputan emak kawan Fatihah ke rumah terbuka. Saya terjumpa kawan Fatihah dan emaknya waktu beli persiapan makan tengahari tu. Lepas tu bergegas pulak ke rumah adik saya (yang kami dah pegi menonton Pirate of Carribean tu) yang ajak makan nasi tomato dan kari parathanya.

Itulah dia Raya Sana Sini saya tahun ni. Berbesar hati sangat kat suami sebab dengan sabarnya menemani saya berziarah ke rumah kawan2 lama saya dan membantu meraikan kawan2 saya semasa majlis makan tengahari tu. Yang seronoknya, kebetulan mak mertua saya pun datang pada hari sebelumnya "berambeh" dan adik ipar pulak datang pada paginya untuk membantu memasak.

Apa kaitannya dengan tajuk entri kat atas tu?.... Sebenarnya saya nak cerita pasal lagu2 religi dari kumpulan Wali Band dari Indonesia. Sangat sedap lah lagu2nya. Saya mula terdengar lagu2 tu semasa menghadiri rumah terbuka bapa saudara saya. Waktu tu disiarkan program hiburan Wali Band bersama AKem di Astro. Esoknya saya terus beli CDnya dan pasang di kereta. Salah satu lagu yang paling saya gemari ialah lagu Selawat. Cubalah dengar... PAsti anda pun akan terpikat.

Setakat ini untuk kali ni....

Assalamualaikum...

Comments

  1. ASSALAMUALAIKUM...

    selamat hari raya, maaf zahir batin dr kmk org sekeluarga...

    wahh...nang raya sakan bebena ktk org oo...hehe...rami berjarah umah org lah tok..patutla senyap jak :)

    Thn tok mood nak beraya kureng sikit..Nafisah nk exam, byk abiskan masa dok d umah layan cerita tv dgn anak2.1st time dpt nangga arum bulak semua cerita di tv raya thn tok...hahaha..pecah rekod ;p

    Arap ati nk nangga gambar raya ktk org d sinun tek..:( pakey ngubat rindu..

    ReplyDelete
  2. WA'ALAIKUMSALAM WB YA UKHTI... :)

    Selamat hari raya maaf zahir batin juak dari mek orang... Rindu nar dengan kitak orang sekeluarga....

    Nang mahal nar pengalaman kitak orang beraya di Malaya ya ooo... :)

    Ana mungkin ada ambik gambar kali.. Kamek org iboh dgn family besar, gambar family kecik mek org ya pun alu sik terambik, leka gago berjarah.. :)

    Kelaklah kali, plan ambik gambar ajak macam di studio ya... konon2 Raya pertama lah tek.. :)

    Padah ngan Mbok Chah Good Luck..

    ReplyDelete
  3. Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin! Bestnya baca aktiviti beraya Ummu..ye la, selalunya bila dah meningkat umur ni, kurang sket rasa meriah raya...hehehe..

    ReplyDelete
  4. Salam aidilfitri juga untuk Along sekeluarga...

    Memang betul cakap Along tu... Saya pun semenjak dua menjak meningkat usia ni memang dah menurun semangat rayanya. Tapi bila mengenangkan ni je lah masanya nak menjenguk kaum keluarga dan nak kenalkan anak2 dgn kaum kerabat, redah lah jugak. Lagi pun nak raikan budak2 yang keep on cakap "ma, raya ni sebulan ya Ma...";).

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida