Perjalanan Ramadhan seorang Maryam
Assalamualaikum wb...
Salam 5 Ramadhan 1432 H.
Kunjungan Ramadhan telah memasuki hari ke 5 dan Maryam masih gigih menjalankan ibadah puasanya untuk kali pertama sepenuhnya.
Saat yang paling dia sukai ialah saat berbuka puasa. Walaupun kami berbuka puasa dengan juadah yang sekadarnya sahaja (mana yang sempat dimasak atau dibeli semasa suami balik dari pejabat), Maryam tetap tidak sabar2 menyambut kedatangan masa berbuka.
Bila dah masuk pukul 6 petang (berbuka pada sekitar 6.55 petang) Maryam mula bertanya sama ada masih lama lagi nak berbuka puasa. Dan sebaik sahaja pengumuman masuk berbuka puasa, Maryam akan menikmati dengan penuh selera apa sahaja yang terhidang di meja. Walhal, sebelum ini Maryam kurang berminat untuk makan terutama selepas pembantu kami berhenti.
Bersahur pun Maryam tidak menghadapi masalah. Saya dari awal telah mengingatkannya untuk memastikan makan banyak supaya tidak lapar semasa berpuasa. Setakat ini Maryam bersahur dengan berselera dan bangun dengan mudah semasa dikejutkan untuk bersahur.
Sebenarnya bukanlah suatu yang mudah untuk mengajar anak berpuasa terutama mereka yang dalam kategori "manja" seperti Maryam. Pada hari pertama dan sehingga hari ini, setiap kali bangun pagi Maryam menangis. Mungkin kerana takut perutnya lapar semasa berpuasa. Cuma menangisnya tidak sekuat semasa hari pertama. Sekarang sudah menjadi rengekan kecil sahaja.
Pukul tiga petang 1 Ramadhan saya menerima panggilan telefon dari rumah. MAryam menangis teresak2. Lapar katanya. Memang saya memahami perasaannya tapi pada pendapat saya, kalau dia dibenarkan berbuka pada kali pertama berpuasa (tahun2 lepas dia dah berlatih puasa sekerat2 hari), dia akan ambil mudah setiap kali merasa sukar berpuasa. Saya call suami dan mintak dia kendalikan situasi tu.
Petang tu balik kerja, saya terus tanya status puasa Maryam. Dia nampak cergas dan ceria jer Alhamdulillah puasanya pada hari pertama berjaya diselamatkan. Malam tu saya berbincang dengan suami. Nampaknya strategi rangsangan semangat perlu dilaksanakan. Kami bersetuju untuk berbuka puasa di luar esoknya.
Jadi, malam tu dah diwar2kan rancangan berbuka puasa di KFC pada esoknya supaya pada hari kedua Maryam akan lebih bersemangat untuk berpuasa. Walaupun bangun pagi masih menangis, tapi Maryam tidak lagi mengadu lapar pada sebelah petang. Dia berpuasa dengan penuh semangat sebab akan berbuka di KFC.
Tapi bila dah berbuka di KFC, kena beli jauh lebih awal sebelum waktu berbuka. Cabarannya pula ialah untuk memastikan Maryam tidak terliur menunggu waktu berbuka. Yang kelakarnya, tak lama selepas makan terhidang di meja, Maryam tanpa "disedari" memasukkan seketul jagung ke mulut. Suami cepat2 suruh dia keluarkan dan berkumur.
Kemudian waktu pengumuman nak masuk waktu berbuka dibuat, dia terlebih dahulu sekali lagi memasukkan jagung tu ke mulutnya. Sekali lagi suami suruh keluarkan semula. Sah ke tak sah, yang penting kita harus bertegas menunjukkan cara berpuasa yang sepatutnya dilalui.
Balik tu kami suami isteri terus buatkan perancangan strategi rangsangan semangat fasa kedua pulak. Pakej rangsangan seterusnya ialah, sekiranya Maryam berjaya berpuasa penuh selama 2 minggu pertama, kami akan berbuka puasa di Secret Recipe. Berpuasa penuh selama selama 2 minggu dalam percubaan pertama memang bukan suatu perkara yang mudah, jadi imbuhannya perlulah suatu yang berbaloi.
Setakat ini, hari ke5 dan misi berpuasa penuh nampaknya berjalan dengan lancar. Semoga Maryam mampu meneruskan perjuangannya supaya kami sekeluarga dapat menumpang merasai imbuhannya... :)
Sehingga kemaskini seterusnya... Insya'Allah.
Selamat Berpuasa.. Ramadhan Kareem...

Comments
Post a Comment