Dah solat, kenapa masih buat dosa?...
Assalamualaikum wb...
Saya setiap hari menunaikan solat lima waktu. Tapi kenapa saya masih lagi melakukan banyak dosa walaupun bukan yang tergolong dalam perbuatan yang keji dan mungkar.
Saya masih mengumpat. Saya masih sering membuang masa dengan melakukan perkara2 yang tidak berfaedah seperti bermain permainan atas talian di FB. Saya juga sering bercakap kasar sekiranya sedang marah terutama terhadap anak- anak sekiranya mereka tidak memberi perhatian terhadap nasihat saya.
Tapi saya yakin, Allah tidak pernah memungkiri janji.
Tiba- tiba benak saya berbisik,
Peringatan untuk diri saya yang sering lupa,
"Sesungguhnya Solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar"
Saya setiap hari menunaikan solat lima waktu. Tapi kenapa saya masih lagi melakukan banyak dosa walaupun bukan yang tergolong dalam perbuatan yang keji dan mungkar.
Saya masih mengumpat. Saya masih sering membuang masa dengan melakukan perkara2 yang tidak berfaedah seperti bermain permainan atas talian di FB. Saya juga sering bercakap kasar sekiranya sedang marah terutama terhadap anak- anak sekiranya mereka tidak memberi perhatian terhadap nasihat saya.
Tapi saya yakin, Allah tidak pernah memungkiri janji.
Tiba- tiba benak saya berbisik,
"Tidakkah kau menyedari, apakah agaknya lagi perbuatan yang lebih teruk dari itu yang mungkin kau lakukan sekiranya kau tidak menunaikan solat..."
Peringatan untuk diri saya yang sering lupa,
"Jangan berputus asa dalam mengabdikan diri kepada Allah. Tanpa kau sedari langkah demi langkah, kau kian hampir kepadaNya..."
Ya ALLAH, jangan KAU palingkan RahmatMu dari hambaMu yang kerap leka ini....
Sama la kita Ummi. Along pun kkdg pikir benda yang sama. Camne nak ubahkan diri jadi lagi baik...nak kata tak solat, insya'allah solat...kkdg je terlelap time subuh...puasa insya'allah buat. Then tengok balik quality solat, quality puasa tu...masya'allah masih banyak yang boleh diperbaiki. Maybe kena start dari situ..lebihkan kusyuk time solat...ni kkdg ime solat, dok pikirkan hal dunia..hmmm...
ReplyDeleteTakpe, kesedaran tu dah ada..insya'allah, kita sesama mohon dari Allah agar dibukakan pintu hati untuk lebih dekat denganNya.
Betul kata Along tu..
ReplyDeleteIni peringatan untuk diri sendiri.. kadang2 macam rasa solat kita tak diterima kot sebab tu masih lagi buat benda2 tak elok.. Tapi ingat balik, kalau kita tak solat, mungkin lagi ligat kot.. hehe..