Cerita Buih
Hakikat kehidupan tanpa pegangan
adalah buih permainan anak kecil
berwarna-warni bagai pelangi
dicintai manusia pelbagai lapisan
berterbangan di awangan
tanpa pernah berpijak di bumi nyata
Namun kasihan
tidak pernah ia kekal selamanya
ingin terbang tinggi
hanya sekadar impian kosong
akan musnah walau dengan sentuhan
Selamat tinggal buih yang indah
kejarlah pelangimu
kerana bagiku
tiada yang lebih pasti
dari cinta Illahi.
Latih tubi 27/10/2011
Comments
Post a Comment