Ada hikmahnya
Assalamualaikum wb,
Sekarang kami sekeluarga telah tiga hari berada di Betong, sebuah bandar yang terletak 280 km dari bandaraya Kuching.
Kami sekeluarga berada di sini kerana nak tolong suami memulakan kehidupan barunya. Walaupun dengan hati yang amat berat,namun istilah hakikat kehidupan. Tidak pernah ada yang kekal abadi. Sampai masanya, kita perlu berpisah untuk meneruskan perjalanan.
Tapi saya pasti, saya amat bernasib baik berbanding dengan sesetengah orang. Mereka berpisah dengan orang tersayang untuk selamanya, sama ada semasa masih hidup atau kerana dijemput Illahi.
Saya bersyukur kerana masih berpeluang bersama sebagai satu keluarga walaupun mungkin tidak sekerap dulu. Insya'Allah,saya akan tetap memberi sokongan walaupun apa keputusan yang dipilih oleh suami.
Setelah membuat pertimbangan dan perbincangan yang panjang, suami mengambil keputusan untuk menerima tawaran perpindahan tugas ke tempat baru tanpa membuat rayuan lanjut.
Semoga Allah memberkati penghijrahan ini.

Salam Ummu...
ReplyDeleteSuami berhijrah ke Betong? Betul..mesti ada hikmah nya..bersabar lah ye..
Mak isah sekeluarga pernah tinggal diMiri je sewaktu suami berhijrah tugas ke Sibu untuk 3 tahun. Jadi kekadang ulang alik le ke Sibu atau ke Miri tu..
Tapi ok apa..semakin sayang pulak! he he..
Keep on smiling my dear Ummu :)
Salam Ummu
ReplyDeleteSELAMAT TAHUN BARU 2012 Mak isah ucapkan kpd Ummu dan suami serta keluarga!
Tempuhi lah dugaan2 dengan sabar dab tabah hati.
Salam sayang dari Mak isah :)
Salam Mak Isah,
ReplyDeleteThanks for all the supports. Sekarang ni masih rasa bercelaru sikit... :).. Anyway, semua tu yang menambah asam garam kehidupan. Happy New Year to you too... :)..