Bilik Operasi

Salam 13 Safar 1432 Hijrah.

Semalam saya ambik cuti kecemasan sebab Maryam demam. Fatihah pun batuk2 tapi masih boleh turun sekolah. Maryam pulak saya dengar teruk bunyi batuknya dan badan pun panas. Asiah pun selsema. Nampak gayanya serumah kurang sihat. Sampai abahnya sekali nampak moyok je sebab tak sedap badan.

Waktu awal pagi tu, saya tak dapat buat apa2 sebab kalau bergerak sikit, Asiah dan Maryam dah merengek. Bila mentari dah tinggi sikit, Asiah pun dah nyenyak tidur, saya mula cari2 benda nak buat.

Saya teringat dengan bilik kosong sebelah bilik anak2 (berkongsi bilik air). Lama dah saya sasarkan bilik tu untuk jadi bilik jahitan saya. Tapi belum terlaksana sebab bilik tu masih berselerak semenjak saya berpindah masuk mula2 dulu. Di antara penghuni2 nya ialah; komputer lama dan mejanya yang gedabak, basikal bersenam pencen, meja belajar cum rak penyewa lama, meja solek kecil penyewa lama dan pelbagai benda alah kain2 jahitan saya.

Saya pulak lebih senang menjahit kat ruang kecil di kepala tangga di antara bilik tidur utama dan bilik tidur anak2. Saya lebih suka kat situ supaya semasa saya menjahit, saya tak le mengasingkan diri dari anak2 dan suami. Sebelum tu saya bawa mesin jahit saya kat dalam bilik tidur tapi pindah keluar sebab kesian pulak tengok bilik selerak sangat.

Tapi semenjak dua menjak Asiah dah boleh berjalan ni, saya rasa dah tak sesuai pulak ruang jahitan saya tu. Mana tidak nya. Setiap kali saya baru nak melangkah ke ruang tu, Asiah dah berlari terlebih dahulu memanjat kerusi jahit saya. Lepas tu, aktiviti menjahit saya lebih kepada "mengejar" alat jahitan saya ghaib sebaik sahaja saya beralih pandang. Dan ia akan diakhiri dengan sesi "ratapan air mata" (mak ke anak?) sebab saya terpaksa ambil barang tu secara paksa. Penamat sessi, saya tutup kedai.

Hujung minggu lepas, balik dari berjalan, saya terdengar suara kecil Asiah, " Ya Allah" berkali2. Selalunya dia akan buat macam tu kalau dia kagum atau terkejut dengan sesuatu. Saya naik atas nak tengok apahal yang dia kagum sangat tu. Saya pun terkagum sekali...

Rupa2nya, pembantu saya ambil peluang kami berjalan2 untuk dia kemaskan bilik tu. Memang kemas betul. Sampai saya dah tak tahu nak cari barang saya.. :)

Jadi, alang2 saya dah cuti dan anak2 pun dah tidur, saya ambil peluang untuk memindahkan ruang jahitan saya masuk. Tak de le banyak sangat. Sebuah meja kecil segiempat, sebuah meja segiempat panjang (baru beli dua minggu lepas) dan mesin jahit kesayangan saya. Di samping tu pelbagai benda alah kecil2 menjahit dan bekalan2 kraf yang saya beli secara online akhir- akhir ni.

Mulanya nampak macam sikit, tapi bila dah atur betul2 banyak jugak benda2 alah merapu kraf saya tu. Tapi sebelum ni tak nampak sebab saya pakai sumbat je kat ruang menjahit yang kecik tu.

Sebenarnya saya dan suami rancang nak "pos" kan meja komputer dan meja solek lama tu kat sapa2 yang nak. Tapi macam takde yang berminat. Saya pulak lepas fikir2 kan balik, bagus jugak kekalkan komputer tu kat dalam bilik operasi saya. Jadi, bolehla untuk main budak2 waktu menjenguk saya kat situ. Komputer tu memang dah lama (saya beli waktu Fatihah baru umur tiga bulan), tapi kalau setakat nak main game simple tu, kira boleh jalan lagi lah. Lepas susun betul2, nampak okay jugak meja komputer tu walau gedabak sikit.

Insya'Allah kalau ada rezeki, saya cuba kongsi gambar kat sini. Saya kata rezeki, sebab kalau part upload2 gambar ni, saya memang liat "sikit".

Kalau nak ikut hati, memang saya teringin nak ada bilik jahit macam yang saya tengok dalam internet. Kalau search under "sewing space" atau "sewing room" kita akan jumpa macam2 jenis ruang menjahit. Leka dibuatnya.

Mulanya saya ingat, saya ni kes terpencil orang yang tak reti nak atur alatan menjahit. Tapi rupa2nya, ia merupakan isu antarabangsa masyarakat menjahit/ kraf yang perlu ada pelbagai benda alah kecik2 seperti kain, benang, gunting, butang dan sebagainya yang perlu disusun secara sistematik untuk memudahkan pencarian bila perlu.

Pesanan dari pembantu rumah saya..

"Sekarang dah ada bilik menjahit, rajin2 lah kakak menjahit..."

:)...

Salam...

Comments

  1. Salam Ummu :) Lama mak isah tak jengok kat sini ye? :)

    Apa kabar Maryam,Fatihah, Asiah dan abah mereka? Dah okay dari demam dan batuk tu? harap-harap dah sembuh la ye...

    Ummu mesti jaga kesihatan sendiri tau? Sebab kalau kita jatuh sakit takde org yang nak jaga anak-anak tu...

    so..stay safe ok?

    ReplyDelete
  2. Salam Mak Isah..

    Tkasih luangkan masa menjenguk. Anak2 sihat ALhamdulillah... Saya sihat tapi jarang update blog.. Masih di alam angan2 nak buat pelbagai mende tapi... :).. Harap2 janji saya pada Mak Isah akan terlaksana... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida