Finally...

Salam 1 Safar 1432H.

Sekadar berkongsi, saya dan suami berkongsi tarikh lahir dalam kalendar Islam pada bulan ini. Adakah ia takdir atau sekadar kebetulan?... Kwang3X... :)

Sebenarnya saya bukan nak menulis pasal tarikh lahir saya atau bagai mana saya berkenalan dengan suami....

Better move on to the main topic or else saya akan mula mengarang cerita yang lebih hikayat dari hikayat Melayu... :)

Kenapa saya kata finally?...

Finally saya menulis mengenai perkara yang mengekang jari saya dari mencoret akhir2 ini...

Saya sebenarnya "makan hati" sebab belum dapat merealisasikan "kegilaan" (sekadar mencilok dari ungkapan Mysdear) saya terbaru. Seperti orang ketagihan yang disekat dari ketagihannya, dia tak akan dapat buat kerja lain selain dari hanyut dalam mengingati barang yang ditagihnya, begitu juga saya...

Haah?... Saya ketagih apa ya?... Kira tahap bahaya tu kalau dah sampai tahap ketagih...

Memang bahaya.... Saya kalau dah teringin nak buat sesuatu mesti dan2 tu jugak nak buat. Tapi kali ni tak dapat...

Ingat tak hari tu saya kata saya ada order kain felt secara online... Bermula dari tu saya surf internet untuk belajar cara guna kain tu... Seperti biasa, ia akan berjangkit2 kepada perkara lain.

Dan ia membawa saya kepada maklumat mengenai kraf kertas dan mengheret saya kembali kepada minat lama yang telah lama saya tinggalkan seperti krosye, cross stitch dan yang sewaktu dengannya.

Ya... Itulah cerita sebenarnya... Saya dah terperangkap dalam dunia kraf yang memerlukan banyak masa lapang... Sedangkan saya pada masa tersebut sedang "berhempas pulas" menguruskan keluarga sebab pembantu saya cuti panjang. Dua bulan tu panjang tak untuk pembantu bercuti?.. :)

Jadi, sepanjang tempoh tersebut saya hanya mampu menjamu mata saya dengan pelbagai barangan yang cumel2 di internet tapi tak boleh buat apa2 sebab langsung tak de masa lapang.
Jadi, bila saya berpeluang melayari dunia maya , saya dah tak de mood nak mencoret di blog tetapi sebaliknya menghilangkan ketagihan saya dengan menziarahi dari satu blog ke satu blog lain yang berkaitan dengan aktiviti kraf....

Kalau nak difikirkan, dunia kraf bukanlah benda yang baru bagi saya. Minat saya terhadap kraf rasanya bermula seawal usia saya mula pandai berfikir.

Kraf yang pertama saya kenali ialah krosye atau mengait. Kalau ditanya sapa yang ajar saya, saya akan jawap.. Ntah...

Betul.. Saya sendiri tak tahu kerana sedar2 saya dah mengait "tali air" dengan batang penyapu lidi dan benang menjahit mak cik saya... Rasa2nyalah (kalau saya tak silap), saya cuba2 sendiri melalui majalah makcik saya yang saya selongkar dalam almari baju dia.. Terukkan saya...

Saya kecik2 dulu memang tak boleh tengok atau tahu tempat2 simpanan buku atau majalah makcik2 saya.. siaplah akan diselongkar... Walaupun waktu tu saya belum pandai baca lagi... Tapi kalau sekarang anak2 saya buat kerja menyelongkar barang2 saya, pandai pulak marah yek... Tak aci betul...

Kembali kepada cerita mengait tu... Bila saya besar sikit, mungkin mak saya simpati kat saya yang mengait "tali air" dengan batang penyapu lidi dan belikan saya sebatang jarum kait dan benang kait yang sebenar. Apalagi, saya pun makan kait tidur kait.. Tapi tali air jelah.. sebab saya anak sulung perempuan dan tak de orang nak ajar saya mengait benda2 yang bercorak2 cantik tu...

Cuma bila saya besar sikit lagi, anak jiran saya yang dah masuk sekolah menengah, ajar saya macamana nak mengait alas meja. Dan dipendekkan cerita, waktu saya darjah empat, emak saya belikan sebungkus besar benang kait warna oren (sampai warna pun saya ingat) dan tugaskan saya mengait alas kusyen rumah saya... Bangga sangat atas kepercayaan mak yang saya tak boleh lupa sampai sekarang...

Saya rasa, sikap mak yang sentiasa bersedia menyokong minat saya, yang menyebabkan saya membesar dengan sikap sentiasa bersedia untuk mempelajari sebarang perkara yang baru. Dan setiap kali saya "hish" kan anak2 saya sebab buat benda pelik2 saya selalu teringat dengan teknik keibubapaan mak saya yang tidak pernah menjejakkan kaki ke mana2 sekolah tapi sentiasa menyokong minat anak2 nya...

Seterusnya sewaktu mula2 masuk sekolah menengah, saya lihat kawan saya buat bunga ros dari reben dan jual benda tu. Saya pun mula menyebok mintak kawan saya ajar... Yang bestnya, bunga ros tu saya bungkus dalam plastik cantek dan jual pulak kat gerai mak saya... Kira dapat sambutan jugaklah... Tapi aktiviti bunga ni tak lama sebab saya masuk sekolah asrama penuh waktu tingkatan 4 yang berada jauh di seberang laut.

Panjang dah entri ni... Tapi tak kisah.. saya nak tulis jugak sebab kalau saya berhenti, tak de jaminan saya akan bukak lagi baki2 cerita yang masih banyak dalam sanubari saya ni mintak dikeluarkan...

Lepas habis tingkatan lima, mak masukkan saya ke kelas jahitan dan belikan saya sebuah mesin jahit Singer untuk memudahkan saya praktis. Dan pada raya tahun tu, mak bagi tanggungjawab untuk menyediakan baju kurung untuk dia, adik2 saya (3 orang) dan sepupu2 yang tinggal dengan kami ( 2 orang).. Oppss.. termasuk saya juga... 7 pasang oooo...

Dan sejak dari saat itu sehingga saya kawin, saya ditugaskan untuk membuat baju2 kurung mak dan adik2 saya. Sebab tu lah sampai sekarang saya cuma pakar buat baju kurung jer... hehe...

Masa final year di U, saya ceburi bidang kraf lain pulak. Saya cuba buat cross stitch. Mula2 buat, saya berjaya hasilkan cross stitch gambar kapal dan sampai sekarang masih tergantung di rumah mak saya. Lepas tu saya cuba buat gambar yang lebih besar dan sukar... Separuh jalan, kertas paten dia koyak dan saya pulak dapat kerja dan sibuk dengan kerjaya saya... Tergendala kat situ jer...

Semalam, saya selongkar rumah mak saya dan jumpa balik kelengkapan cross stitch saya termasuk master piece saya yang tak siap tu.. Saya tanya abang saya (dia balik kampung) boleh tak saya bingkaikan kerja tak siap tu (sebab rasanya memang takleh jumpa dah paten yang sama kat pasaran), dia kata apa salahnya.. Hehe.. Mana tahu suatu hari nanti, saya diangkat jadi seniman negara, hasil kerja tak siap pun mesti dianggap warisan tak ternilai kan.. (dah melalut dah ni..)

Bila mula2 kahwin pulak, saya sempat belajar buat baju teluk belanga... Kecuali pada tahun kelahiran Fatihah (Fatihah lahir dalam bulan Ramadhan), pakaian raya anak2 dan suami adalah "air tangan" saya sendiri. Semenjak anak2 bersekolah pulak, pakaian seragam mereka pun saya buat sendiri... Cuma tahun ni anak2 memulakan sekolah dengan pakaian seragam tahun lepas sebab saya belum ada kesempatan nak buat baju untuk mereka... Sedihnya....

Kenapa saya merapu panjang mengenai aktiviti kraf nih?... Saya sendiri pun tertanya2 kerelevenan entri saya ni... Tapi selepas fikir2 saya rasa entri ni berperanan untuk menjadi titik penting untuk blog saya mengarah ke destinasi yang seterusnya yang mungkin sedikit berbeza dari entri2 saya yang terdahulu...

Kita tunggu dan lihat..... :)

Salam sejahtera dan semoga kita sama2 dirahmati dan diberkati Allah dalam semua urusan kehidupan, Insya'Allah....

Comments

  1. Terasa sungguh kagum u pandai menjahit segala bagai tu. Along setakat jahit lencana sekolah kat baju anak bleh la...itu pun senget! Dulu my fren pernah ajak belajar jahit baju anak pompuan yg gaun smoking tu...hmm..rasanya tinggal angan2 la. Tangan ni keras la..setakat cross stich bleh la..tapi dah lama dah x buat. Tunggu habis MBA nanti, bleh carik masa sket kot.

    ReplyDelete
  2. Salam Along...

    Along kena tunggu entri yang seterusnya kot... :)..
    Saya baru rancang nak tulis pasal tabiat hangat2 tuuutt ayam saya...

    Kebanyakan aktiviti kraf saya hilang cam tu saja bila saya rasa dah bijak sikit..
    Buat baju je masih kekal sebab suami saya akan sound setiap kali dah nak masuk puasa atau bukak sekolah..

    Lagipun, rasa seronok semacam tengok suami dan anak2 pakai pakaian yang kita buat sendiri...

    Kalau tak cuba, tak tahu tau Along... Nanti2 dah abis MBA cuba Along ambik part time kursus jahit lak.. Anak2 kita kan ke girl belaka.. mesti cumel budak2 tu pakai baju kurung/ skirt repol yang mama dia buat.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    bestnye masa kecik dah pandai mengait.
    Saya semasa kecil, tak berkesempatan nak punyai hobi.Adik2 ramai.Kekangan masa dan khidmat utk membantu mak uruskan rumahtangga.Huhu sedey...
    Dah tuwe2 bgini sronok lak ade hobby kraf selain godek internet.ekeke...

    Mengait pn stil relevan sekarang selain kain felt.Buat crochet (betul ke eja? ) jadi brooch.Tak pun buh atas cekak rambut.Cantik.
    Chaiyok2 M.yah! Skill dah ada :D

    p/s : apa kata ktk meli starter kit for kain felt.Siap ada template n pattern free.

    try survey ctok.
    http://kedaisus.blogspot.com/
    http://purpleshadesme.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Salam Mai...

    Pandei tapi sik yakin pun sik boleh pakei juak Mai... Diat macam Mai, bila pandei terus cuba...

    M yah tuk banyak gilak pikir... Barang dah banyak gilak Mai... Polah sik juak... Kinek tuk gik tengah molah plan nak clear bilit sebelah bilit nembiak utk jadi bengkel kerastangan... sik mengarei gilak...

    Maybe mun dah kemas kit barang, semangat nak bergerak akan datang dgn mudah.. (hehe.. alasan lagi..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida