Selamat membaca

Kali ini saya menjenguk ruang kanvas ini tanpa ada sebarang cerita untuk dicatat.

hanya sekadar bersiar- siar sambil membaca entri- entri terdahulu.

Banyak juga catatan yang telah dibuat dari pelbagai tajuk dan tema.

walaupun rasa seronok membaca dan mengimbau emosi semasa saya menulis entri tertentu, tidak dinafikan andaikata ada yang membacanya, memang akan pening.

Pening membaca coretan yang saya tulis seolah- olah pembaca turut dapat membaca idea lengkap yang hanya wujud di benak pemikiran saya sendiri. 

sedangkan hakikatnya cerita yang tertulis banyak yang melompat ke sana- sini dengan lopong ruang kosong yang mengakibatkan mesej sukar difahami.

Namun, dari sudut pandang yang berbeza, mungkin ia adalah ciri-ciri unik ruang catatan kehidupan saya di sini yang memaksa pembaca (sekiranya ada) untuk membaca secara aktif dan berusaha keras untuk memahami cerita keseluruhan berdasarkan cebisan “puzzle” yang berserakan.

selamat membaca

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida