Nota Untuk Mak

 



hari ini 21.05.2021.

akhirnya saya menjenguk juga ke ruang ini. 

dan rupanya hari ini tiga bulan Mak pergi. 

21.02.2021.

setiap kali saya merasakan telah berjaya menerima hakikat itu,

saat itu juga perasaan kesal timbul kembali.

kenapa tidak menghabiskan banyak masa dengan Mak.

kenapa tidak bersama Mak.

sehingga saya sendiri tidak tahu apa yang saya kesalkan.

sehingga saya takut seolah- olah saya tidak redha dengan ketetapan ini.

saya tidak pasti adakah perasaan seperti ini akan timbul apabila 

ditinggalkan oleh semua orang yang rapat dengan kita

atau hanya apabila ditinggalkan oleh seorang emak, yang telah bersama kita semenjak kita belum lagi lahir.

tapi yang pasti, tiada lagi peluang kedua.

Saat insan bernama Emak telah pergi, walau air mata darah yang keluar, semua peluang telah pergi bersamanya.

dan kita akan hidup dengan kekesalan itu 

sehingga kita berjumpa semula di Syurga.


Anak- anak,

selagi nyawa masih ada 

dakaplah ibu dan bapa

walau siapa jua mereka

kerana sebaik mana kita terhadap mereka

kesal akan tetap menyapa

saat mereka telah tiada.

-ummufatihah2021-

21.05.2021


Nota utk Mak:

*Mak, carik yah kelak mun Mak dah di Syurga*


Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida