Thursday, November 11, 2010

Sapa nak beli insuran ni?..

Salam...

Hari tu saya pernah buat entri mengenai insuran, kan?..

Kali ni saya nak cadangkan satu cara untuk menyertai salah satu plan insuran yang melayakkan kita untuk mendapat perlindungan di hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan Allah.

Salah satu pelan insuran tersebut ialah membanyakkan bersedekah tanpa diketahui sesiapa sehingga dikatakan tangan sebelah pun tidak tahu yang tangan sebelahnya telah bersedekah...

Semasa blogwalking saya terjumpa dengan laman web yang memaparkan imej seperti di bawah:



Dengan hanya memperuntukkan RM10 sebulan Insya'Allah melayakkan kita untuk dipertimbangkan untuk menyertai skim insuran tersebut.

Caranya senang sahaja (terutama untuk yang memilik akaun Maybank):

1. Log in ke dalam MBB2u di laman www.maybank2u.com.my.
2. Pilih Third Party Transfer
3. Dapatkan no TAC
4. Masukkan no akaun dan jumlah yang dikehendaki (RM10)
5. No akaun yang tepat akan memaparkan nama Tabung Palestin Haluan
6. Klik Confirm.

Kalau nak buat secara konsisten setiap bulan, daftarkan sahaja kat Favourite Third Party Transfer. JAdi tak perlu nak dapatkan TAC dulu untuk membolehkan pindahan wang. Lebih mudah.

Semoga Allah menilai dan menerima amalan kita sebagai ibadah untuk Nya semata- mata...

Insya'Allah.

6 comments:

  1. Assalamualaikum...

    InsyaAllah...kita cuba sumbangkan pd mereka yg memerlukan :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    Yalah insuran terbaik... Kmk pun agen insuran.. hihihihi.. InsyaAllah kmk pun maok memiliki insuran macam di atas yang di lindungi oleh ALLAH...amin

    ReplyDelete
  3. Alaikumsalam..

    Tak perlu banyak2, janji buat... Biar kita jadi burung kecil dalam peristiwa Nabi Ibrahim dibakar.

    ReplyDelete
  4. Fatihah:

    Alaikumsalam dan Amin...

    Insuran di dunia pun beli juak.. Sebagai usaha untuk menjamin kehidupan di dunia..

    Insuran di akhirat iboh lupak sebab kehidupan di akhirat ya lebih lamak berganda2 dari kehidupan di dunia... Sik tergambar dek akal nak ooo.... Mintak kita dipermudahkan untuk memahami perkara2 ghaib macam kehidupan di akhirat kelak..

    Benar kata kitak, insuran apa gik yang lebih baik dari insuran yang dilindungi Allah... :)

    ReplyDelete
  5. Salah satu golongan yang mendapat perlindungan Allah pada hari akhirat ialah golongan yang ikhlas bersedekah.

    Dalam al-Quran pun banyak ayat menggalakkan kita memberi pinjaman tanpa mengharapkan sebarang balasan. Dalam erti kata lain kita memberi pinjaman kerana Allah dan hanya mengharapkan pembalasan dari Allah swt. Kalau tak silap ayat yang mengandungi kata Qardu Hassan.

    Harap lepas tok masukkan entri Qardu Hassan gik....

    ReplyDelete
  6. Salam Kembara Ilmu di Jalan Allah.... :)

    Insya'Allah.. encarik lok idea camni cara nak promosi skim pinjaman Peribadi Qardu Hassan ya... :)

    ReplyDelete