Dr Muhaya Mohamad

Salam..

Siapakah Dr Muhaya Mohamad ni?...

Dr Muhaya Mohamad merupakan seorang doktor pakar mata yang terkenal di Malaysia. Boleh rujuk laman web beliau di sini.

Yang saya nak bicarakan di sini bukanlah mengenai kepakaran beliau di dalam bidang perubatan khususnya mata. Sebaliknya saya ingin menyentuh mengenai pendekatan dan pandangan beliau mengenai keindahan Islam dari sudut pandang beliau sebagai seorang pakar mata tersebut.

Sebenarnya lama dah saya "jatuh cinta" dengan pendekatan Dr Muhaya. Saya mula mengenali beliau melalui Segmen beliau di IKIM.fm iaitu "Islam itu Indah". Buat masa ini, beliau akan ke udara pada pukul 10.oo pagi setiap Rabu.

Setiap kali beliau ke udara, saya akan memastikan saya mengikuti segmen tersebut dari mula sehingga ia berakhir. Saya tak pasti pun berapa lama program tu ke udara sebab kalau boleh saya memang tak nak ia berakhir. Rasa tak puas nak dengar pandangan2 Dr Muhaya dalam segmen tu.

Yang saya suka ialah pendekatan beliau mengenai minda positif dan tenaga positif yang boleh disebarkan untuk mewujudkan persekitaran yang positif. Dalam setiap program, beliau akan menggariskan pelbagai tips2 untuk menuju ke arah tersebut.

Sebagai contoh, sekiranya ingin mendapat layanan yang baik dari orang lain, kita harus memulakannya dengan melayan orang lain dengan baik. Dan beliau kerap menggunakan poin 1, poin 2 dan seterusnya.

Saya rasa poin2 yang digariskan beliau seperti mutiara2 yang digugurkan dari langit. Tapi sebab ia merupakan percakapan, saya tak sempat nak catatkan. Dan terfikir alangkah eloknya kalau beliau ada blog untuk saya merujuk pendapat2 beliau.

Dah lama dah saya cuba cari tapi tak pasti nama penuh beliau. Alhamdulillah, dalam segmen hari ni ada sms yang bertanya mengenai perkara ni. Bila saya cuba gelintar di google, saya terjumpa laman web beliau seperti yang saya pautkan di atas.

Tapi yang paling bestnya, dari situ saya terjumpa blog beliau di sini. Saya rasa sebab dia sibuk sangat, tak banyak entri yang dibuat. Tapi sekurang2nya ia satu permulaan yang bagus untuk saya mengikuti perkembangan Dr Muhaya.

Saya doakan Allah anugerahkan kelapangan dan kekuatan untuk Dr Muhaya kemaskini blog beliau walaupun ringkas supaya orang2 seperti saya dapat memanfaatkan ilmu2 tersebut, Insya'Allah.

Comments

  1. Assalamualaikum...

    menarik personalitinya.Sayang,jarang dpt dengar radio Ikim.

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam..

    Ya baruk ndiat ajak.. Mun dengar nye pun kelakar, lagik semangat Mai... Nang kuat aura positif Dr ya...:)..
    Usaha2kan lah Mai ... nang banyak ilmu dari radio Ikim ya... Sambil2 molah keje lain dapat tambah ilmu... :)

    ReplyDelete
  3. bleh ikuti tanyalah ustazah dr muhayah di youtube..atau dia aktif jugak di www.facebook.com/profdrmuhaya...pernah lihat rancangan astro oasis rancangan bersama chef ismail..Program Siapa di Rumah Chef Ismail
    chef ismail melawat rumah dr.muhayah...
    masyaAllah rumahnya sederhana dan yg paling penting dia ada bilik khas ntuk bermunajat kepada Allah...besar surau mcm kt kompleks beli belah...ada wall paper gambar kaa'bah masjidil haram...ada frame hadiah dari dr.haron din...masyaAllah..patut la dia murah rezeki...ustazah@dr muhayah mmg buat apa yg dia cakap...rumahnya agak besar dan dia mementingkan kesihatan...ada gym,sauna,jakuzi,tmpat bekerja,tmpat solat khas,dan mcm2 lagi..murah rezki dia...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  4. Salam Ciko,

    Alhamdulillah, sekarang dah dpt mengikuti facebook Dr Muhaya. Memang suka baca status dia. Saya pun ada dengar kawan saya cerita pasal program tu. Suka sgt dengar, sama macam yang Ciko tulis ni. Alhamdulillah dpt peluang kenal personaliti indah macam tu ya...

    Tkasih Ciko sebab menjenguk. Semoga anda sentiasa diberkati Allah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

tahniah anak