Thursday, June 21, 2012

Sekian Lama


Assalamualaikum wb,

Sekian lama didakap selesa
seolah tiada yang bisa menjentik emosi
aku orang yang sama
semalam, hari ini dan selamanya

pada hakikatnya
di sebalik selekoh dan jalan
terlalu banyak ranting dan duri
menunggu masa untuk menikam
jauh ke dalam hati yang leka

perlahan aku tersedar
perlu untuk membina rasa
kebal andai berdepan apa saja
tetap yakin dan bersedia

aku orang yang sama
semalam, hari ini dan selamanya.

No comments:

Post a Comment