Buah Fikir


Usah dipersia
buah fikir yang meranum
di rimba takulan
nun jauh di pergunungan sepi

sesekali  terlihat kelibat
haiwan liar  mengintai
menguja manis dan harum
entah bagaimana enak rasanya

andai jiwamu lemah
tiada pernah ditempa uji
mengasak kukuhnya pasak
saat ribut  taufan  menghenyak
pastinya sesat
di dalam terangnya mentari

tapi sebaliknya
jangan pernah mengaku alah
sebelum melangkah
kerana mana mungkin
menebak dalamnya lubuk
kalau selamanya
hanya gegak bertempik
di tepian kali.

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida