Tuesday, June 26, 2012

Rahsia Alam



Di ruang yang asing
detik waktu bagaikan malu
menghitung ruang yang panjang
berbisik pada udara
kenapa alam terlalu berahsia

setiap helaian daun 
dan kelopak yang berkembang
adalah kunci kepada misteri
yang lama tersembunyi
dari pandang seorang insan

mungkin suatu ketika
bila bulan bersuara
dan bintang bercerita
bumi yang terhampar
dan laut yang mendampar
bakal bersatu menjadi saksi

tiada hadir sebiji benih 
di dalam bumi
yang tidak berzikir
pada Penciptanya
Yang Maha Tinggi.

dan aku di sini
tetap setia
bersama janji
dari azali.

No comments:

Post a Comment