Menyesal?


Assalamualaikum wb.

Kita sering terkilan seandainya apa yang kita hajati tidak tercapai. Ada kalanya apa yang kita miliki hilang begitu sahaja. Sekali lagi kita rasa terkilan.

Rasa menyesal. Kenapa aku tak dapat miliki benda tu?...
Kenapa aku tak berhati- hati menjaga barang tu sebelum ni?.

Kita mudah menyesal. Mudah terkilan. Perlu ke kita menghabiskan usia yang ada dengan penyesalan?

Terlalu banyak perkara yang kita ingini tidak mampu kita perolehi. Adakah setiap kegagalan itu akan diikuti dengan penyesalan?

Pilihan di tangan kita.

Untuk menyesali perkara yang tidak kita mampu miliki?

Atau menerima dengan hati terbuka dan membuka hati kita untuk menghargai apa yang sedia ada di dalam genggaman kita. Walau mungkin nilainya tidak setinggi apa yang yang telah pergi.

Hakikatnya, hidup amat singkat untuk kita kesali.

Wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin