Oh LCCT...

Assalamualaikum wb...

Awal tahun lepas saya dan anak- anak berpeluang ikut suami berkursus di Kuala Lumpur. Kami naik penerbangan AirAsia. Ini kali pertama anak-anak mendarat di LCCT dan belum pernah lagi menjejakkan kaki ke KLIA. Sebelum ini, kami mengembara ke KL melalui JB.

Bila saya bercerita mengenai KLIA dan membandingkannya dengan LCCT, terpacul pertanyaan dari Fatihah,

"KLIA tu lebih cantik ke dari lapangan terbang ni?"

Mereka yang pernah sampai ke KLIA mesti rasa kelakar dengan pertanyaan tu kerana rasanya memang tak setaraf langsung nak bandingkan KLIA yang serba lengkap dengan LCCT. Tapi bagi anak- anak saya yang hanya pernah mengenal LCCT sahaja sebagai lapangan terbang selepas lapangan terbang antarabangsa Kuching (KIA), memang menganggap itulah bangunan yang terbesar dan tercanggih dan rasanya mustahil ada yang lebih besar dan indah dari LCCT.

Hati saya berbisik sendiri, 

"Agaknya inilah perbandingan kita dengan dunia yang sementara ni dan akhirat yang lebih kekal abadi"

Kita yang belum pernah merasai kehidupan yang kekal selamanya di akhirat, amat kagum dengan keindahan sementara di dunia ni. Dan kita sering bertanya sendiri,

"Betul ke kehidupan akhirat itu wujud dan keindahan syurga tu jauh lebih indah dari nikmat di dunia ni?"

Allahumma faqqihna fiddin. Ya Allah, berilah kami kefahaman di dalam mengenali agama kami.


Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida