Kemarahan adalah api yang membakar
Assalamualaikum wb...
Semalam saya menjemput Fatihah pulang selepas aktiviti ko- kurikulum petang. Kebetulan perlu jemput rombongan emak, abah dan adik (sekeluarga) balik dari KL. Jadi saya menjangkakan untuk sampai ke rumah awal.
Biasanya saya cuma menunggu di tepi blok kelas Fatihah. Dia pula akan menunggu di "gajah menyusu" (betul ke istilah ni) yang mudah untuk dia nampak saya dan saya nampak dia.
Semalam, saya sampai dalam pukul 5 lebih dan ramai pelajar yang dah keluar. Bayang Fatihah belum nampak. Memandangkan hujan, saya keluar untuk jemput Fatihah dengan payung, tapi selepas beberapa ketika menunggu di hujung blok, Fatihah belum muncul.
Beranggapan Fatihah masih belum selesai urusan, saya masuk semula ke kereta sambil mendengar rancangan Muamalah di radio Ikim bersama Ustaz Zaharuddin. Tajuk Ulasan Bajet 2013 menarik perhatian saya, jadi saya tak kisah menunggu untuk seketika lagi walau dalam hati saya ada sejentik kebimbangan.
Hampir nak ke pukul 6, Fatihah masih belum muncul. Saya mula berleter sendiri dalam hati. Risau dengan suami yang menunggu di rumah untuk sama- sama ke lapangan terbang.
Kalau suatu masa dulu, dalam situasi yang sama macam ni, saya akan mengamuk besar. Paling tak suka menunggu lama- lama terutama bila ada urusan lain yang perlu diselesaikan. Ditambah dengan keletihan kerana terperangkap dalam kesesakan jalan serta kerisauan dengan pelbagai kemungkinan yang lain.
Tapi semalam, saya cuba untuk memujuk hati, sebab marah kalau tidak dikawal akan meletup.
Pelajar lain cuma tinggal seorang dua lagi. Saya cuba- cuba jer menjenguk ke dalam kelas Fatihah sebab sebelum ni memang tak pernah Fatihah menunggu di kelas. Selalunya dia memang suka bermain di sekitar kawasan sekolah.
Sampai aje di muka pintu kelas saya terus fokus ke meja Fatihah di berdekatan pintu. Kosong. Menjenguk pula ke sebelah dalam, Fatihah sedang duduk menullis di barisan sebelah sana kelas, mukanya serius kerana menjangkakan saya akan mengamuk besar bila saya memberitahu yang saya dah lama menunggu di dalam kereta. Cepat- cepat dia menjelaskan bahawa biasanya dia akan menunggu abahnya di kelas kalau hari hujan.
Seperti yang telah saya nyatakan, selalunya saya akan mengamuk besar. Tapi, kali ni, saya rasa hati saya tenang. Saya pujuk hati saya yang bukan semua orang bertuah seperti saya.
Hakikatnya, berapa ramai ibu bapa yang menunggu seperti saya tetapi ada di kalangan mereka yang tidak berpeluang untuk melihat lagi wajah anak mereka kerana pelbagai sebab yang tak sanggup nak saya nyatakan di sini.
Saat saya melihat wajah anak saya semalam, hati saya memanjatkan jutaan kesyukuran kerana:
"dengan rahmat dan kasih sayang Allah jualah saya masih berpeluang untuk menatap wajah anak saya dalam keadaan selamat sejahtera"
Ya Allah, jadikanlah anak- anak kami dan pasangan kami penyejuk mata.
Assalamualaikum....
ReplyDeleteHehehe...sabar2.Kmk nektok melalui pengalaman anak2 mengikut beberapa tahap umur.Ada yg remaja, layanan bbeza, ada yg nak masuk remaja.lain gik layanan nya.Belum masuk tahap kanak2 dan bayi gik m.yahh...haha..adoyai.Mcm2 ragemmm buat aii rase gerammm...ekeke..
Yg penting redha.Moga Allah permudahkan.
Assalamualaikum Mai,
DeleteUsia mematangkan kali mai... M yah tuk, mun ngan nembiak nang mauk nak keluar antu...
Tapi, semenjak duak menjak tuk, lain dah perspektif yang nampak... Rasa macam apa2 yang berlaku ya, semua nampak macam teguran sayang dari Allah...
Semoga Allah sentiasa bantu kita untuk memahami ayat-ayatNya yang dalam pelbagai bentuk ya... :)