Perception


Assalamualaikum wb..

Logici Picollo keluaran Grolier.

Beli lama dah tapi belum ada kesempatan nak buat bersama Asiah.

Sebuah papan beserta butang pelbagai warna dan 20 set kad yang setiap set mengandungi lebih kurang 10 kad.

3 konsep yang ditekankan oleh permainan ini ialah Brain Development, English dan Mathematics. Untuk Asiah yang berusia 3 1/2 tahun, konsep yang paling sesuai ialah Brain Development.

Setakat ni, Asiah paling seronok main cari dan suaikan gambar dan bayang mereka. Ia membina kemahiran membanding imej dan bayang serta mengaitkan kedua2 nya sebagai suatu yang sama dengan butang berwarna.

Setiap kali berjaya, Asiah akan bersorak bangga.

Anak, tiada yang lebih bermakna dari kalian membesar sebagai hamba Allah yang solehah. Ya Allah, jadikan mereka penyejuk mata kami. Ameen.

Comments

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin