Blogger for Ipad ( versi terbaru)

Assalamualaikum wb....


Dengan applikasi versi terbaru Blogger for Ipad ni, saya rasa teruja nak kemaskini blog.

Ternyata memang mudah berbanding versi terdahulu. Nak kemaskini senang, nak view pun mudah. Nak edit semula entri terdahulu juga amat mesra alam.

Kalau dulu, memang serba salah nak kemaskini blog pakai Ipad. Pakai safari memang amat tidak seronok. Pilihan terbaik ialah Applikasi Blogger for ipad. Tapi fungsinya memang amat terhad. Mode yang ada cuma potret. Jadi, taklah seselesa kalau pakai mode lanskap macam yang ada sekarang.

Walaupun ada fungsi berpindah di antara blog kepunyaan kita, tapi tidak semudah sekarang.

Lepas tu, kalau nak mula menaip, sekarang cuma perlu sentuh ruang yang disediakan dan skrin untuk entri akan muncul.

Sesiapa yang belum mencuba, saya memang galakkan cuba kemaskini dengan applikasi Blogger for Ipad versi terbaru. Saya bagi 3 bintang setengah sebab saya rasa masih banyak ruang untuk penambahbaikan untuk applikasi ni. Dan kalau upgrade lagi sekali, tidak mustahil boleh mendapat 5 bintang dari saya.

Macam permainan blok kat bawah ni... Memang dapat 5 bintang sebagai permainan masa lapang untuk anak- anak....

Comments

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin