Cubalah untuk lebih memahami

Assalamualaikum wb...

Setiap hari berdepan dengan kerenah anak- anak, pada hakikatnya memang sukar untuk mengelakkan dari perasaan marah. Terutamanya bila kita rasa ragam mereka mencecah tahap melampau.

Tapi, jauh di sudut minda rasional saya, apa yang saya hadapi sekarang  sering mengembalikan nostalgia zaman kecil saya sendiri. Malahan zaman remaja saya. 

Mudah merajuk, mudah menangis, cerewet..... 

Petang semalam, suami ajak kami sekeluarga keluar makan malam. Anak- anak disuruh tukar pakaian. Maryam tiba- tiba mengamuk sakan hanya kerana suami saya suruh dia tukar ke pakaian yang lebih elok. Sedangkan, semasa saya balik saya tengok dia amat ceria.

Mulanya memang saya marah sangat tapi malas nak layan sebab tak nak rosakkan suasana seronok yang lain yang nak makan di luar.

Saya cuma dengar dia membebel dalam tangisannya. Akhirnya sebab kasihan, saya tanya apa yang dia sedihkan sangat.

Rupa- rupanya, Maryam kecewa sangat sebab saya tak perasan pun yang dia dah kemaskan bilik tidur saya dan ruang tamu tapi sebaliknya tegur kesilapan dia pilih pakaian.

Saya dulu- dulu pun memang macam tu. Kalau saya geram dan tak puas hati, kalau orang besar tak nak dengar, saya akan mengamuk dan menangis kuat- kuat (ke sekarang masih macam tu?... :)... 

Selepas dia luahkan perasaannya, dan saya pun mintak maaf sebab tak perasan, barulah dia nampak ceria balik. 

Alhamdulillah, aktiviti makan malam kami berjalan dengan penuh harmoni... :)

Pengajarannya, kita orang dewasa sering merasakan kita lebih bijak dari anak- anak, manakala anak- anak dianggap terlalu banyak meminta. 

Hakikatnya, mereka hanya memerlukan sedikit dari masa kita yang "berharga" itu untuk;

kita mendengar apa yang ingin diluahkan, 
melihat apa yang mereka lakukan 
dan memahami apa yang mereka maksudkan.

"Ya Allah, berkatilah keluarga kami sehingga ia menjadi syurga dunia sebelum kami mendiami syurgaMu di sana"

Kuntuman rindu
di sudut mimpi

telah lama menanti
untuk digubah
menjadi  sejambak realiti
yang harum mewangi.

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida